berita

Terpalit Isu Curang, Shuk Digantung Tugas Penyampai Radio Hot FM

January 25th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sejak beberapa hari lalu, nama pengacara dan pelawak terkenal iaitu Shuk Sahar telah menjadi bualan hangat netizen selepas dia didakwa berlaku curang. Berita mengejutkan itu dipercayai didedahkan sendiri oleh isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah di laman Instagram.

Artikel Berkaitan: Nombor Telefon Tersebar, Fara Saleh Dakwa Terima Banyak Mesej Kecaman Selepas Dituduh ‘Rampas’ Shuk

Artikel berkaitan: ‘Life Must Be Go On, Sebab Ada Dua Anak Kena Tanggung’ – Isteri Shuk Sahar

Artikel berkaitan:  ‘Aku Dah Cukup Pendam Macam-Macam!’ – Isteri Dakwa Shuk Curang Lagi?

Artikel berkaitan: ‘Tu Suara Bini Kau Nangis Lah Shuk!’ – Instagram Shuk Sahar Diserang Netizen

Terbaru, pihak pengurusan stesen radio Hot FM membuat keputusan untuk melakukan penggantungan sementara perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio di stesen tersebut.

Penggantungan sementara perkhidmatan

Penggantungan sementara perkhidmatan sebagai penyampai radio di slot Geng Pagi Hot ini telah dimaklumkan oleh pihak pengurusan dalam satu kenyataan media hari ini.

Difahamkan, siasatan dalaman mengenai isu yang membabitkan Shuk Sahar akan dilakukan oleh pihak pengurusan Hot FM.

Penggantungan sementara perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio adalah untuk memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk melakukan siasatan dalaman tentang isu beliau yang sedang tular di media sosial.

Tambah mereka lagi, sebarang perkembangan mengenai penggantungan sementara perkhidmatan Shuk Sahar akan dimaklumkan sendiri oleh pihak pengurusan Hot FM selepas mereka selesai melakukan siasatan dalaman mengenai isu ini.

Sumber: Hot FM

SKIP THIS AD ×