berita

Kontroversi Rentas Negeri, Neelofa Bersyukur Terima ‘Free Marketing’

April 1st, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pihak polis telah mengesahkan bahawa pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa dan suami ke Langkawi atas urusan kerja dan bukannya pergi berbulan madu seperti yang didakwa. Namun, segelintir netizen dipercayai masih belum ‘move on’ selain mempersoalkan tujuan sebenar Neelofa ke pusat peranginan itu.

Artikel berkaitan: Isu Rentas Negeri, Perkongsian ‘Islamik’ Neelofa Jadi Tempat Netizen Luah Geram

Bertenang semua di luar sana

Bertenang semua di luar sana. Tak launch lagi free marketing dah gegar satu negara. Syukur rezeki Allah atur, now berjuta orang tahu outlet Chatime saya akan dibuka di Langkawi.

Menerusi Instagram Story Neelofa, dia bersyukur kerana kolaborasi perniagaan bersama sebuah syarikat minuman menjadi viral sejak dia dan suami pergi ke Langkawi atas urusan perniagaan tersebut. Tambahnya lagi, isu tersebut membuatkan orang ramai sudah mengetahui mengenai cawangan terbarunya walaupun masih belum dibuka.

Free marketing

Terbaru, Neelofa kelihatan bahagia bersama suami tercinta. Mereka dilihat menaiki ‘cable car’ serta menikmati makanan laut di negeri Darul Aman itu. Sebelum ini, Neelofa memberi nasihat kepada orang ramai supaya tidak meninggalkan solat fardu dalam apa keadaan sekali pun. Hal ini kerana, kebanyakan netizen membanjiri ruangan komen memerli Neelofa tentang isu Langkawi.

Sumber: Neelofa

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×