Sebelum ini, polis telah mengesahkan bahawa pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa dan suami ke Langkawi atas urusan kerja dan bukannya pergi berbulan madu seperti yang didakwa.
Artikel Berkaitan: Selepas Foto Tersebar, Polis Siasat Dakwaan Neelofa & PU Riz ‘Honeymoon’ Di Pulau Langkawi
Artikel Berkaitan: Polis Sahkan Neelofa & Suami Ke Langkawi Atas Urusan Kerja, Bukan Honeymoon
Walaupun segalanya sudah terjawab tetapi ada dalam kalangan netizen masih belum ‘move on’ selain mempersoalkan tujuan sebenar Neelofa ke pusat peranginan itu.
Perkongsian Lofa di Twitter
Semalam di Twitter, Neelofa ada memuatnaik satu gambar potongan kata-kata Islamik berserta kapsyen mengucapkan ‘Salam Maghrib’ kepada semua para peminat dan pengikutnya. Dalam perkongsian itu dinasihatkan kepada orang ramai supaya tidak meninggalkan solat fardu dalam apa keadaan sekali pun. Meskipun kita berbuat dosa, dirikanlah solat kerana ianya jauh lebih baik daripada kita tidak berbuat apa-apa. Seperti pesanan Umar Ibn Al-Khattab, jika kita tinggal solat maka kita hilang segala-galanya.
Akan tetapi niatnya berkongsi ilmu kepada orang ramai seakan tidak diendahkan sebaliknya ia bertukar menjadi satu ‘ruangan’ perli-memerli. Hal ini kerana, kebanyakan netizen membanjiri ruangan komen memerli Neelofa tentang isu Langkawi. Mereka seperti tidak berpuas hati dengan ‘alasan’ Neelofa ke pusat peranginan itu atas urusan kerja.
Netizen perli
Pelbagai perlian yang dilemparkan kepada usahawan terkenal ini seperti mengirim membeli coklat Daim di Langkawi, bertanya kepada Neelofa sama ada sudah selesai COD susu di Langkawi dan sebagainya.
Syahdu betul baca quote ni sambil layan angin pantai di Langkawi.
Salam Maghrib dari Langkawi.
Habis dah COD susu dekat Langkawi?
Kak Lopa, nak Daim, Kinder Bueno 1 pack taw taw.
Tidak kurang juga ada yang tampil ‘back-up’ idola kesayangan mereka ini selain menasihati orang ramai supaya tidak menjadi ‘batu api’ dan tidak mengeruhkan lagi keadaan.
Sumber: Neelofa