berita

Kool FM Bekerjasama Dengan Joie, Bagi Kesedaran Kepentingan ‘Car Seat’

November 8th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Stesen radio di bawah naungan MPA, Kool 101 buat julung kalinya melancarkan kerjasama strategik dengan Joie melalui perjanjian yang dimeterai bagi membantu menyebarkan tentang kepentingan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak atau car seat.

Artikel Berkaitan: Kool 101 & Usanita Edar 10,000 Jalur Gemilang Di Sekitar Starhill

Artikel Berkaitan: Tampil Dengan Input Yang Lebih Segar & Intelek, Buletin FM Kini Dikenali Sebagai Kool 101

Mendidik orang awam

Joie, merupakan sebuah jenama yang tidak asing lagi dalam dunia keselamatan & keselesaan kanak-kanak, dengan bangganya memperkenalkan kempen revolusioner, “Ride Safe. Ride Smart. Ride R129”.

Majlis menandatangani kerjasama strategik ini diwakili pihak pengurusan MPA dan Joie akan bertindak sebagai perancang kempen.

Sebagai radio rasmi Kempen R129 ini, Kool 101 melancarkan kempen yang bertujuan untuk mendidik ibu bapa, penjaga, dan orang awam secara umum mengenai kepentingan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak yang betul dan sesuai.

Kempen ini untuk mendidik orang awam berkenaan dengan standard car seat terbaharu Eropah dan dalam masa yang sama memberi kesedaran kepada ibu bapa akan kepentingan penggunaan car seat dengan betul dan bersesuaian dengan kriteria anak.

Kempen ini dinamakan sempena standard keselamatan terbaharu iaitu ECE R129 yang direka dengan lebih baik, selamat, dan mesra pengguna dan bertujuan untuk berkongsi pengetahuan dan meningkatkan kesedaran di kalangan ibu bapa di Malaysia mengenai piawaian keselamatan terkini dan kepentingan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak.

Kool 101 mengiktiraf kepentingan misi ini dan telah mengambil inisiatif untuk menjadi peneraju dalam advokasi kerusi keselamatan kanak-kanak.

Mampu ubah pemikiran seseorang

Perjanjian kerjasama strategik antara Kool 101 dan Joie ini disempurnakan oleh Pengarah Rangkaian Kumpulan Fly FM, Molek FM & Eight FM, Murali Dharan Marimuthu dan Pengarah Urusan, SNS Products Sdn Bhd, May Hwong. Turut hadir, penyampai radio Kool 101 dari segmen Pagi On Point, Haiza dan Muaz serta pihak pengurusan, Ainul Farhana Razali.

Selain kerjasama tersebut, Joie juga mengambil inisiatif untuk menyampaikan mesej dan mencapai khalayak yang lebih besar dengan berkolaborasi dengan pengaruh ibu bapa dan tokoh-tokoh pendapat utama (KOL), termasuk Fizie HotFM, Dayana Roza, Dr Fie Tawfek, Alia Ishak, Didiyana Ehsan, Apple Cheong, Deen bekas penyampai HotFM, Reena Zach, dan lain-lain.

KOL ini menggunakan platform media sosial mereka untuk menyebarkan kesedaran dengan berkongsi maklumat mengenai piawaian keselamatan terbaharu ECE R129, dan menggalakkan pengikut mereka untuk memberi keutamaan kepada keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan.

Bercakap mengenai kerjasama strategik ini, Timbalan Pengarah Rangkaian Kumpulan Hot FM, Kool 101 & Digital, Shah Hayatudin menyatakan kempen ini wajar untuk diketahui oleh orang ramai.

Kempen seperti ini wajar diketahui ramai dan kempen ini perlu direka untuk memberi pengetahuan kepada ibu bapa tentang pemilihan yang betul, pemasangan, dan penggunaan kerusi kanak-kanak untuk menjadikan setiap perjalanan kereta yang selamat dan terjamin bagi bayi atau kanak-kanak dalam sesebuah keluarga.

Pada masa yang sama, kami di Kool 101 berpendapat dengan kempen ini bertujuan untuk mendidik keselamatan dikalangan masyarakat.

Kool 101 juga amat gembira kerana menjadi sebahagian daripada kempen Ride Safe. Ride Smart. Ride R129 untuk memperluas ilmu pengetahuan tentang penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak kepada orang ibu bapa melalui radio.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan, SNS Products Sdn Bhd, May Hwong juga turut menyatakan R129 telah menjadi standard di UE.

R129 kini menjadi standard tunggal di EU, mewakili perubahan global dalam industri keselamatan kerusi kanak-kanak. Walaupun Malaysia masih berada di tahap permulaan mengenai keselamatan penumpang kanak-kanak, adalah penting bagi kita untuk memperjuangkan dan sentiasa mengikuti perkembangan standard keselamatan yang terkini.

Bukan itu sahaja, kerjasama kami dengan Joie menegaskan komitmen kami terhadap keselamatan kanak-kanak, dan kempen ini adalah bukti dedikasi kami untuk memberi impak positif dalam komuniti kita.

Kami percaya setiap kanak-kanak layak berada di dalam keadaan yang selamat semasa di dalam kenderaan, dan kempen ‘Ride Safe. Ride Smart. Ride R129’ adalah langkah penting arah tersebut.

SKIP THIS AD ×