berita

‘Korang Bukan Betul Sangat Pon’- Kecewa Diri Dipersenda & Dituduh Riak, Ini Respon Datuk Aliff Syukri

December 28th, 2017 | by Ai
Isu & Kontroversi

Apa sahaja yang dilakukan oleh jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri pasti sahaja mendapat perhatian netizen.  Kebelakangan ini Aliff sering kali dikecam netizen kerana dikatakan selalu riak dan menunjuk-nunjuk. Daripada isu memakai dua jam tangan sehinggalah isu selipar LV untuk kegunaan pasarnya.

Seakan penat dengan kritikan netizen, Aliff harini meluahkan rasa kecewanya di Instagram apabila terdapat individu yang cuba untuk mempersendakan dirinya dengan membuat parodi. Dia juga turut menyelar tindakan segelintir pihak yang melebelkan dirinya sebagai riak. Ini respon daripada Datuk Alif:

Bukan saya makan rasuah

Untuk pengatahuan anda ramai je orang update ootd,makan dimana,naik kete apa, shopping,lokasi berada,di mana dan setiap kawasan dan apa yg dia buat tapi tak pun dikecam hebat mcm saya, mcm saya ni manusia paling jahat?

Habis tu korang nak saya berlakon setiap masa dalam keadaan merana, susah dan terseksa ke?

Anda tahu tak betapa susahye saya ketika awal saya berniaga bukan saya makan rasuah atau main nombor ekor sampai saya jadi mcm ni.

Saya pakai smua ni tak minta duit orang pun, kalau saya pakai baju buruk korang cakap poyo, kalau makan ditepi jalan korang cakap mcm tak mampu makan dikedai makan, kalau makan di hotel korang kata riak, kalau pakai selipar gi masjid korang cakap kenapa pakai kasut buruk gi masjid.

So korang nak apa? nak saya ikut life mcm korang ke? Korang pun bukan betul sangat pun.

‘Anda tak tau betapa penatnya jadi saya’

Tapi anda tak nampak pun penat dan penat jerih nya saya mencari rezeki dan betapa penatya menjadi Aliff Syukri

Siang malam dan petang saya bekerja dan kadangkala saya terseksa bukan sahaja saya pening memikirkan bisnes tapi menguruskan masa yang tidak cukup 24 jam

Saya hanya tidur 2-3 jam sahaja, nasib baik ada lima orang PA dan manager  menjaga saya tidak seperti orang-orang lain yg hnya pandai mengutuk dan menkeji saya.

Parody selipar pasar

View this post on Instagram

awak rasa lucu kee..ada nmpak saya happy??😡😡 mcm gila je budak wecat ni.. . . utk pengatahuan anda ramai je org update ootd,makan dimana,naik kete apa, shopping,lokasi berada,d mana dan setiap kawasan dan apa yg dia buat.. tapi tak pun dikecam hebat mcm saya..mcm saya ni manusia paling jahat?? habis tu korang nak sy berlakon setiap masa dlm keadaan merana ,susah dan terseksa ke..anda tahu tak betapa susahye saya ketika awal saya berniaga bukan saya makan rasuah atau main no ekor sampai sy jadi mcm ni… . . . korang hnya nampak sy sekrang😓😓..sy pakai smua ni x minta duit org pun….kalau sy pakai baju buruk korang ckp poyo,kalau makan ditepi jalan korang cakap mcm tak mampu makan dikedai makan.. kalau makan di hotel korang kata riak?? kalau pakai selipar gi masjid korang cakap kenapa pakai kasut buruk gi masjid.. so korang nak apa? nak saya ikut life mcm korang ke?? korang pun bukan betul sgt pun..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Sumber: Datuk Aliff Syukri