
Kalau korang ternampak figura hijau gergasi di beberapa outlet ZUS COFFEE sekitar Lembah Klang, jangan terkejut.
Menerusi kolaborasi terbaharu antara GrabFood dan ZUS COFFEE, kedua-dua jenama ini telah memperkenalkan GRAB BUDDY, karakter eksklusif daripada koleksi ‘Work in Progress‘ ZUS COFFEE yang meraikan individu-individu yang sentiasa berusaha setiap hari.
GRAB BUDDY diinspirasikan daripada hero harian yang bekerja tanpa mengira masa bagi memastikan secawan kopi kegemaran korang sampai tepat pada waktunya.
Kenapa Ada 7 GRAB BUDDY Gergasi di outlet ZUS COFFEE?
Bagi meraikan kerjasama istimewa ini, GrabFood dan ZUS COFFEE telah menghidupkan GRAB BUDDY dalam skala yang jauh lebih besar.
Sebanyak 7 figura GRAB BUDDY gergasi kini ditempatkan di outlet ZUS COFFEE terpilih, lengkap dengan pelbagai pose aksi yang melambangkan kerjasama erat antara GrabFood dan ZUS COFFEE dalam memastikan pelanggan sentiasa dapat menikmati kopi kegemaran mereka dengan mudah.

Kalau korang berada sekitar Lembah Klang, mungkin korang akan terserempak dengan GRAB BUDDY gergasi di beberapa lokasi terpilih seperti:
- Citta Mall
- NU Sentral
- UOA Bangsar
- SOGO
- Bangunan Getah Asli
- Sunway Velocity TWO
- Uptown Damansara
Boleh la singgah bergambar sementara mencari kopi kegemaran daripada ZUS COFFEE. Mana tahu terus dapat content baru untuk Instagram atau TikTok.

Lagi menarik, korang juga boleh dapatkan GRAB BUDDY tu sendiri!
Selain menjadi tarikan di outlet terpilih, kolaborasi ini turut memberi peluang kepada pelanggan untuk membawa pulang GRAB BUDDY mereka sendiri.
Korang boleh mendapatkan GRAB BUDDY secara percuma apabila membeli 3 handcrafted drinks atau makanan terpilih daripada ZUS COFFEE menerusi GrabFood.
Antara menu yang ada termasuk:

- Iced Spanish Latte
- Iced CEO Latte
- Hot CEO Latte
- Iced Matcha Latte
- Iced Jasmine Milk Tea
- Cheesy Sausage Roll
- Tom Yum Tuna Roti Canai Wrap
- Rendang Roti Canai Wrap
Selain minuman popular ini, korang juga boleh memilih pelbagai pilihan makanan dan minuman lain yang termasuk dalam promosi tersebut. Harga pula berbeza mengikut menu yang dipilih.
Nota: Mekanik promo mungkin berbeza, jadi pastikan anda menyemak laman sosial ZUS Coffee dan Grab dari semasa ke semasa untuk maklumat lanjut!
Comel, simple & sesuai jadi peneman atas meja kerja

Sejak mula diperkenalkan, GRAB BUDDY mula mencuri perhatian ramai kerana rekaannya yang ringkas tetapi cukup comel.
Sama ada korang nak letak atas meja kerja, meja belajar atau rak koleksi, figurin ni memang nampak menarik untuk dijadikan sebahagian daripada dekorasi harian.
Lagi satu berita baik, GRAB BUDDY bukan blind box. Maksudnya tak perlu risau dapat design berbeza atau cuba nasib berkali-kali. Setiap pelanggan akan menerima design yang sama.
Jangan lepaskan peluang ni tau!
Sama ada korang ingin bergambar dengan GRAB BUDDY gergasi di outlet ZUS COFFEE atau membawa pulang collectible eksklusif ini sendiri, promosi ini hanya tersedia untuk tempoh terhad.
Jadi kalau korang nampak si hijau gergasi ni dekat outlet ZUS COFFEE berhampiran, jangan lupa singgah dan rakamkan momen tersebut sebelum ia menghilang.








