berita

Korang Dah Vaksin? Ini 5 Tawaran Menarik Yang Menanti Korang, Ada Macam-Macam Diskaun!

July 5th, 2021 | by Sya Alkaf
Sponsored Post

Bermula beberapa bulan lepas, program vaksinasi giat dijalankan di seluruh negara bagi mempercepatkan proses untuk membentuk imuniti kelompok.

Kami yakin kebanyakkan korang dah pun dapat suntikan dos pertama ataupun sedang menunggu tarikh temujanji untuk ke pusat vaksin kan?

Haa..istimewa untuk korang yang sudah dan bakal divaksin tu, ada banyak tawaran menarik menanti korang tau!

Macam-macam jenis diskaun boleh korang tebus dengan hanya menunjukkan kad vaksin korang. Yeass memang power kad vaksin korang tu!

5 tempat dengan tawaran istimewa untuk geng vaksin

llao llao

Peminat frozen yogurt berpeluang untuk nikmati 15% potongan harga di semua cawangan llao llao berhampirang korang! Promosi ni boleh ditebus bermula sekarang sehingga 31 Ogos 2021.

Churrito’s Taco

Dekat sini korang boleh dapat Soft Taco secara percuma terus! Hidangan percuma ni sedia ditebus di cawangan Churittos’s Taco di SS15 dan juga Publika.

US Pizza

Geng yang dah vaksin kalau ke US Pizza korang boleh dapatkan 1 regular pizza percuma dengan setiap pembelian sekurang-kurangnya RM50. Kalau tertinggal kad vaksin, tunjuk je 1 aplikasi MySejahtera dekat dorang okay?

MYBurgerLab

Untuk tebus baucar RM10 daripada MyBurgerLab, korang hanya perlu mendaftar melalui aplikasi mereka, Ianya boleh di muat turun melalui Google Play Store dan juga App Store.

Jibril

Siapa je tak tahu Butter Chicken Jibril yang popular ni kan? Sebagai tanda menyokong program vaksinasi yang dijalankan, mereka tawar hidangan signature dorang ni secara percuma je! Promosi ni juga boleh ditebus di cawangan Mona by Jibril.

Haa best kan geng? Banyak kot diskaun untuk korang!

Bagi yang belum berdaftar untuk vaksin tu jangan risau, belum terlambat lagi! Korang boleh mendaftar sekarang melalui aplikasi MySejahtera. Proses pendaftaran adalah sangat mudah dan cepat, tak sampai 5 minit dah settle.

Pusat vaksinasi atau PPV ni ada diseluruh negara, jadi walau dekat mana pun korang berada, korang boleh dapatkan vaksin :)

Fasa tiga program imunisasi kebangsaan di Lembah Klang telah pun bermula! TNB dah lakukan persiapan untuk proses vaksinasi yang lebih lancar!

Pelaksanaan fasa tiga Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bagi Lembah Klang telah pun bermula sepanjang minggu ini di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). 

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dah pun melakukan persiapan bagi memastikan bekalan elektrik di PPV SNBJ dan empat lagi PPV berskala mega sekitar Lembah Klang berada dalam keadaan baik.

Selain PPV SNBJ, 4 PPV lain ni berpusat di Pusat Konvensyen The Mines, Seri Kembangan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Alam dan Pusat Konvensyen Setia City, dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Tambahnya lagi, proses menaiktaraf sesetengah lokasi pepasangan TNB telah dilaksanakan bagi memudahkan pemantauan dan kawalan bekalan dibuat secara jarak jauh.

Pihak TNB juga mendapat kerjasama dan sokongan baik daripada KKM, Jabatan Kerja Raya serta pelbagai pihak lain dalam memastikan bekalan elektrik kepada PPV teratur sepanjang tempoh Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Malah, sepanjang program immunisasi berlangsung boleh dikatakan insiden gangguan bekalan di pusat vaksinasi amat minimum dan dapat dipulihkan dengan pantas.

Pihak TNB menegaskan bahawa mereka sentiasa komited dalam menjalankan tugas dan akan memastikan kesemua PPV dan 40 PSV dipantau secara berterusan bagi mengelakkan sebarang masalah.

Semoga dengan segala usaha yang dijalankan akan mempercepatkan proses kita untuk mencapai imuniti kelompok.

SKIP THIS AD ×