berita

Korang Takkan Menyesal Lepas Try 5 Idea Resepi Panggang Ini…Sedap!

April 20th, 2018 | by Shafika
MyResipi

Masakan jenis panggang atau juga dikenali sebagai grilling atau broiling mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Selain ayam dan daging, masakan laut juga boleh menggunakan teknik masakkan ini dan diolah menjadi menu yang lebih menarik.

Haa, hari ini admin nak kongsikan beberapa jenis masakan panggang yang sememangnya mampu membuatkan korang meleleh!

Ikan dori panggang

Ikan dori mempunyai tekstur yang sangat lembut dan boleh diolah menggunakan pelbagai resepi untuk dijadikan hidangan harian seisi keluarga. Antara resepi menarik yang boleh digunakan bagi menyiapkan hidangan ikan dori ini adalah melalui kaedah panggang yang pastinya mudah dan cepat. Apa kata korang cuba resepi ini untuk makan bersama keluarga tercinta?

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/ikan-dori-panggang

Ayam panggang Kenny Rogers

Waktu cuti hujung minggu pasti korang inginkan sesuatu yang istimewa buat keluarga bukan? Jadi, apa kata cuba resepi ayam panggang ala Kenny Rogers yang mudah ini. Walaupun nampak simple, tapi hasilnya boleh buat anak-anak makan bertambah. Pasti mereka suka!

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/ayam-panggang-kenny-rogers

Ayam belanda panggang madu perisa satay

Menu ayam belanda biasanya digunakan bagi menyambut hari-hari yang sedikit istimewa khususnya bagi masyarakat yang hidup di sebelah barat. Tapi kini, sesiapa pun boleh menikmati menu tersebut namun tidak ramai dalam kalangan masyarakat kita yang tahu mengolah menu untuk ayam ini. Apa kata korang cuba resepi ini sekali-sekala dirumah bersama anak-anak?

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/ayam-belanda-panggang-madu-perisa-satay

Salmon panggang sos oren

Ikan salmon mempunyai banyak nutrisi baik untuk tubuh badan dan sangat sesuai untuk dihidangkan buat mereka yang gemar mengamalkan diet pemakanan yang sihat. Korang mesti cuba menu ini sebab ia sangat mudah disediakan dan salah satu menu yang sihat!

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/salmon-panggang-sos-oren

Sotong panggang kuah kacang

Sotong termasuk dalam hidangan makanan laut yang agak mahal kalau korang makan dikedai kan? Apa kata sekali sekala korang cuba buat sendiri resepi sotong bakar di rumah. Selain menjimatkan wang, korang boleh olah menu ini mengikut citarasa sendiri dan makan pun pastinya boleh bertambah tanpa sebarang caj!

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/sotong-panggang-kuah-kacang

Sumber: MyResipi

The following two tabs change content below.

Most Read Today