berita

Koronavirus : Air Asia Benar Tukar Tarikh Penerbangan Penumpang Yang Sudah Beli Tiket Ke China

January 25th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Buat korang yang sudah menempah tiket penerbangan ke mana-mana destinasi di negara China, AirAsia telah melakukan satu pengumuman di mana mereka membenarkan pelanggan untuk menukar tarikh perjalanan tanpa kos tambahan dan tertakluk kepada jumlah kesediaan tempat duduk. Bestnya!

Mengawal situasi jangkitan novel koronavirus

Menerusi laporan Astro Awani, AirAsia memberitahu bahawa langkah tersebut diambil bagi mengawal situasi jangkitan novel koronavirus Wuhan yang sedang berlaku dan atas arahan Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC). Tambahan, perkara ini berlaku ekoran pembatalan sementara semua penerbangan syarikat tersebut dari Kota Kinabalu, Bangkok dan Phuket ke Wuhan, China sehingga 28 Januari ini.

Menurut kenyataan AirAsia, pelanggan yang ingin melakukan perubahan pada jadual perjalanan mereka ke atau dari Wuhan dan bandar-bandar lain di China, mereka boleh memilih sama ada hendak mengubah jadual penerbangan satu kali ke tarikh perjalanan baru pada laluan yang sama dalam 30 hari tarikh penerbangan asal atau mengekalkan nilai tambang mereka dalam akaun kesetiaan AirAsia BIG untuk perjalanan akan datang bersama AirAsia. Selain itu, mereka boleh mendapatkan bayaran balik sepenuhnya kepada kaedah pembayaran asal untuk jumlah yang sama dengan tempahan yang dilakukan.

Mematuhi peraturan yang dibuat

Buat pelanggan yang melakukan tempahan melalui ejen pelancongan, termasuk ejen pelancongan dalam talian, permintaan bayaran balik akan dibuat melalui ejen perjalanan masing-masing. Sementara itu, AirAsia menasihatkan semua penumpang di Wuhan untuk mematuhi pengumuman yang dibuat oleh pihak berkuasa kesihatan dan kerajaan serta menghubungi kedutaan masing-masing di China untuk bantuan.

Pelanggan juga digalakkan supaya menyemak status penerbangan di airasia.com/flightstatus untuk kemas kini secara langsung.

Sumber: Astro Awani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×