berita

Koronavirus: Angka Kematian Di China Meningkat, WHO Isytihar Darurat Kesihatan Awam Global

January 31st, 2020 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Sehingga kini, wabak koronavirus sudah merebak ke 18 buah negara dan dilihat semakin membimbangkan. Di China, angka kematian terbaru dicatatkan sebanyak 42 kes menjadikan mangsa virus meningkat kepada 213 berbanding 171 kes semalam.

Angka kematian meningkat

Menurut laporan Astro Awani, 30 daripada jumlah kematian adalah dari Wuhan, Wilayah Hubei. Ini menjadikan sebanyak 5806 kes keseluruhan di wilayah berkenaan. Turut dilaporkan terdapat 804 pesakit dalam keadaan serius dan 290 lagi kritikal.

Manakala, seramai lebih 30,000 orang lagi di dalam pemantauan. Susulan itu, pihak bertanggungjawab di China dijangka menambah 2000 katil dan menerima lebih 7000 kakitangan perubatan dari Beijing untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga dan merawat pesakit.

Darurat kesihatan awam global

Berita Harian dari sumber Reuters melaporkan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan penularan wabak koronavirus sehingga meragut 170 orang di China sebagai darurat kesihatan awam global. Ini kerana virus ini sudah merebak ke beberapa negara yang mana sebahagian besar daripada 7,800 kes dikesan di peringkat global.

Ini menyebabkan sekatan perjalanan dan permintaan topeng muka meningkat. Di wilayah Hubei sendiri, seramai 60 juta penduduk dikuarantin untuk membendung virus ini daripada terus merebak.

Sebab utama pengisytiharan ini ialah bukan kerana apa yang berlaku di China tetapi kerana apa yang berlaku di negara lain.

Kebimbangan utama kami ialah potensi virus itu untuk merebak ke negara yang mempunyai sistem kesihatan yang lemah.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus turut bimbang virus ini akan tersebar ke negara yang mempunyai sistem kesihatan yang lemah dan tidak ada sumber untuk menanganinya.

Sumber : Astro Awani, Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×