
Tiga penyanyi berbakat dari Asia Tenggara, Nadhif Basalamah (Indonesia), Aisha Retno (Malaysia) dan Aziz Harun (Brunei) bergabung tenaga menerusi single terbaharu berjudul ‘Kota Ini Tak Sama Tanpamu’.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aisha Retno Menari Terlalu ‘Over’, Netizen Luah Rasa Kurang Senang
Kota Ini Tak Sama Tanpamu

Lagu ciptaan bersama oleh trio ini tercetus secara spontan ketika Nadhif berkunjung ke Kuala Lumpur sempena Aidiladha tahun lalu.
Mereka kemudian merakam versi akhir dengan sentuhan penerbit terkenal Indonesia, Petra Sihombing, yang pernah bekerja dengan Raisa, Isyana Sarasvati dan Bernadya.
Aziz menyifatkan lagu ini mengingatkannya pada memori indah bersama rakan-rakan di Kuala Lumpur dan menyifatkan momen itu cukup bermakna buat dirinya.
Sebagai seseorang yang baru tinggal di sini, saya sedar KL mempunyai pesona istimewa. Proses rakaman di Bali juga sangat menyenangkan, malah Petra sempat menyiapkan hampir semua muzik ketika kami berehat seketika.
Nadhif pula menyifatkan karya itu tercetus dengan sangat natural dan tidak sangka terhasil sebuah kolabrasi oleh tiga penyanyi dari negara berbeza.
Waktu itu saya cuma mahu habiskan masa di KL sambil menulis lagu dengan kawan baharu. Tak sangka idea kecil ini berkembang jadi sebuah lagu yang kini menghubungkan tiga negara.
Sementara itu, Aisha menganggap kolaborasi ini bagaikan pertemuan lama dengan rakan-rakan meskipun baru pertama kali bekerjasama.
Bekerja dengan Nadhif dan Aziz memang rasa macam pertemuan kawan lama walaupun ini kali pertama kami bertiga berkolaborasi.
Lirik lagu ini ada rasa manis dan sedikit ‘cheeky’ bila seseorang cuba memujuk untuk sambung cuti di kota itu. Saya rasa semua orang pernah lalui perasaan itu, bila kita jatuh cinta dan tidak mahu masa itu berakhir.
Dengan melodi segar dan lirik penuh emosi, ‘Kota Ini Tak Sama Tanpamu’ menampilkan harmoni vokal tiga bintang muda ini sekali gus memberi warna baharu dalam arena muzik pop serantau.
Lagu ini kini boleh didengarkan dan dimuat turun di Spotify, Apple Music, YouTube Music, Deezer dan semua platform penstriman digital utama.
Video




![[VIDEO] Capik Lalat Ditegur Pendakwah Bebas, Sifatkan Lelaki Ringan Tangan Sebagai Dayus – ‘Ada Tiga Cara Nabi Ajar’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/capik-lalat.jpg)

