Di Facebook, Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneruskan siasatan bagi tujuan tatatertib, insiden seorang jurulatih menampar dua pemainnya pada satu kejohanan bola tampar yang diadakan baru-baru ini.

Artikel berkaitan: Tampar Anak Orang, Jurulatih Kena Gantung Tugas Hingga Siasatan Selesai

Sesi perjumpaan dengan ibu bapa

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh KPM, tindakan sewajarnya akan diambil terhadap jurulatih tersebut.

Satu sesi perjumpaan dengan ibu bapa murid yang terbabit akan dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan laporan itu. KPM juga akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika ada laporan polis dibuat mengenai insiden terbabit. KPM sentiasa komited untuk memastikan keselamatan dan kebajikan murid sentiasa menjadi keutamaan.