berita

Kreatif & Mudah, Ini Cara DIY Kolam Mini Untuk Anak Tersayang Di Rumah

November 13th, 2018 | by Amat
Make-It-Senang

Rata-rata antara kita tidak tahu apa yang hendak dibuat dengan keluasan tanah dibelakang rumah. Tahukah anda, selain dari tanam pokok bunga dan dijadikan ruang rehat, anda juga boleh bikin kolam renang buat anak-anak tersayang.

Apa kata buat kolam renang mini yang kreatif buat anak anda. Lepas ini dah tak perlu bawa anak-anak keluar ke pusat akuatik setiap hujung minggu. Selamat mencuba!

1. Proses mengorek tanah

Menurut perkongsian dari Facebook Idea Deco Deko, dengan keluasan tanah yang kecil di belakang rumah anda itu perlulah ditanda terlebih dahulu dengan keluasan yang anda mahukan. Kemudian mengorek tanah sedalam yang kita mahu dengan menggunakan cangkul.

Reka bentuk kolam renang ini bergantung kepada keativiti anda sendiri ye. Bentuk segi empat adalah reka bentuk yang menjadi kebiasaan kerana mudah untuk menghasilkan kolam renang.

2. Proses meletakkan batu kerikil

Ini pula merupakan proses meletakkan batu kerikil pada kawasan lantai kolam renang. Segi empat yang terbuka itu bukan lubang tangki kumbahan tau. Itu adalah saluran keluar air dari sinki dan perlu ditebuk untuk dijadikan saluran air keluar dari kolam nanti. 

3. Letak besi rangka

Langkah seterusnya, anda perlu meletakkan pula rangka besi berukuran 3×2 pada permukaan batu kerikil tadi. Kemudian, dan perlu membuat kontrik daripada batu-bata sebagai dinding kolam renang. 

4. Proses paip saluran

Jangan lupa pula pasang paip untuk saluran air keluar masuk kolam tau. Buat sistem piping flow in dan flow out dan pump air untuk air terjun (waterfall) dan air pancut. Admin yakin anak anda pasti akan menyukainya dan tak perlu lagi nak bawa mereka ke pusat akuatik setiap hujung minggu.

5. Proses plaster dinding

Proses plastik dinding ini bergantung juga kepada daya kreativiti anda sendiri. Masa inilah peluang untuk anda menjadi anak seni dengan mengabadikan kreativiti anda pada dinding kolam renang.

6. Proses pemasangan mozek

Langkah seterusnya, anda perlu meletakkan mozek (tile) pada keseluruhan permukaan lantai kolam renang dan sekelilingnya. Jangan lupa untuk letakkan Sika Top Seal pada permukaan konkrit yang berfungsi sebagai kalis air. Akhir sekali, jangan lupa untuk membasuh dan cuci keseluruhan permukaan kolam renang ye. Ini adalah bertujuan untuk membuang sisa kotoran tanah dan simen semasa proses pembikinan kolam renang.

7. Mengecat pula

Apabila dah siap segala proses di atas, anda perlu mengecat kolam renang ini dengan warna pilihan sendiri. Jika mahu lebih jimat, anda disarankan untuk menggunakan hanya satu warna sahaja. Simple is nice, bukan?

8. Siap!

Akhirnya siap pun! Sebelum membebaskan anak anda masuk ke dalam kolam renang itu, pastikan permukaan kolam dibersihkan terlebih dahulu dan cuba berulang kali saluran paip air keluar dan masuk. Jika anda mempunyai masa terluang, jangan lupa untuk menghias kawasan ini dengan tanaman pokok dan bunga. Mungkin boleh letak bumbung bagi mengelak dari panas mentari.

Selamat mencuba!

Sumber: Hafizh Ateh AR

SKIP THIS AD ×