berita

JKM Cari Waris Bayi Ditemui Di Kedai Ayam

September 12th, 2023 | by Yong
Kini Trending

Terdahulu, pemilik kedai ayam menemui seorang bayi perempuan seberat 3.2 kilogram di lantai gerainya yang masih bertali pusat pada jam 7.50 pagi.

Artikel Berkaitan: Ibu Didakwa Tergamak Bunuh Anak Kembar, Tekup Pakai Bantal Sampai Mati

Dijumpai lantai kedai ayam

Terdahulu, pemilik kedai ayam menemui seorang bayi perempuan seberat 3.2 kilogram di lantai gerainya yang masih bertali pusat pada jam 7.50 pagi dan telah dibawa ke Hospital Kemaman bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Menurut Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kemaman iaitu Mohd Fadzli Ismail sedang giat mengesan ibu kandung dan waris bayi tersebut sehingga kini.

Bayi terbabit mendapat perintah bawah Seksyen 25(2) Akta Kanak-Kanak 2001 daripada Mahkamah Majistret Daerah Kemaman untuk ditempatkan dalam jagaan institusi JKM pada 12 Julai lalu sehingga kini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Bayi cukup sifat itu telah dibawa ke Hospital Kemaman bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×