berita

Kucing Wany Hasrita Tolong Jaga Anak – ‘Totot Ada Tepi Aishah, Kadang Jilat Rambut Dia’

December 8th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Wany Hasrita

Umum mengetahui, penyanyi Wany Hasrita selamat menimang cahaya mata sulung yang diberi nama Aishah Al Iman pada 8 Julai lalu.

Artikel Berkaitan: Wany Hasrita Dedah Wajah Anak Buat Pertama Kali, Kongsi Pengalaman Naik ‘Flight’ Berdua Balik Kampung Suami

Artikel Berkaitan: Wany Hasrita Pilih Nama Aishah Al Iman Untuk Puteri Sulung

‘Tolong jaga Aishah sekali’

Wany Hasrita

Wany atau nama lengkapnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah dilihat mula terbuka berkongsi aktiviti dan momen bersama anaknya di media sosial.

Terbaharu, Wany diajukan soalan daripada pengikutnya yang bertanyakan bagaiamanapun dia mengawal kucing peliharaannya dan dalam masa sama menguruskan bayinya.

Kak Wany ada kucing dekat rumah, macam mana akak uruskan kucing dengan adanya baby di rumah?

Wany menjawab, pada awal kelahiran Aishah, dia sangat berhati-hati agar haiwan tersebut tidak mendekati anaknya.

Bagaimanapun, lama-kelamaan, kucing yang diberi nama Totot itu dilihat begitu manja dengan Aishah.

Saya biarkan je kucing tu. Masa Aishah baru lahir, saya berjaga-jaga juga lah, tapi sekarang Totot (nama kucing) siap jilat rambut Aishah, tapi tidak selalu.

Biasanya Totot ada dekat tepi tolong jaga Aishah sekali. Alhamdulillah Aishah pun tiada alahan apa-apa.

Sekadar info, pada 8 Julai lalu, Wany selamat melahirkan bayi pertama yang diberi nama Aishah Al Iman secara normal pada pukul 7.14 petang

Untuk rekod, Wany mendirikan rumah tangga dengan juruterbang bernama Mohd Al-Adib Fahmi pada 22 Julai 2022.

Sumber: Instagram 

SKIP THIS AD ×