Pengacara dan personaliti televisyen, Fedtri Yahya tampil bersuara menegur tetamu agar menjaga adab dan kata-kata semasa mengunjungi rumah di hari raya.

Artikel Berkaitan: ‘Imam Juga Manusia Bekerja’ – Fedtri Yahya Ulas Isu Gaji Imam Terawih Sebanyak RM1,000

Artikel Berkaitan: Fedtri Yahya Sangkal Kenyataan ‘Nikmat’ Terkandas Di Tanah Suci – ‘Satu Katil Boleh Cecah RM12,000’

Pinggan pakai buang

View on Threads

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik, seorang pengguna Threads berkongsi luahan seorang tetamu yang kurang senang dengan tindakan tuan rumah menghidangkan makanan menggunakan pinggan pakai buang.

Selain itu, individu terbabit turut menyifatkan tuan rumah sebagai pemalas serta berpendapat penggunaan peralatan pakai buang tidak sesuai ketika menerima tetamu.

Jenis pemalas memang akan guna cawan pinggan pakai buang.

Aku kalau pergi beraya dapat macam ini, memang aku tak makan.

Ingat aku kucing ke? Kucing pun makan atas pinggan kaca.

Bagaimanapun, ciapan tersebut meraih perhatian Fedtri atau nama lengkapnya Ahmad Fedtri Yahya, 45, yang menitipkan pesanan secara umum sepanjang fasa kunjung-mengunjungi rumah di hari raya.

Datang sebagai tetamu, buatlah cara tetamu. Jangan diturut api emosi.

Bawalah mahabbah bukan musibah. Diundang itu tanda ingatan, jangan dibawa biasan syaitan.

Ziarah tercipta sekali-sekala. Jangan yang tinggal serpihan bala.

Sumber: Threads @fedtriyahya