berita

Kulit Wajah Makin Bermasalah? Ini 8 Langkah Yang Korang Patut Buat Bila Muka Start Breakout.

August 5th, 2019 | by Farisha Hazira
Kini Trendy

Masalah besar bila muka yang dari asalnya bersih tiba-tiba breakout tanpa sebab. Mesti korang malu nak keluar kalau muka start banyak jerawat kan? Rasa nak stay je dekat rumah, kalau keluar pun rasa nak makeup tebal-tebal dengan harapan boleh tutup jerawat tu.

Takpe, korang jangan risau! Hari ni Sis Katy nak share apa yang korang patut buat bila muka start breakout. Takdelah korang stress sorang-sorang!

1. Stop Pakai Produk Yang Buat Muka Breakout

Kalau muka korang start breakout lepas pakai sesuatu produk, korang kena terus stop pakai produk tu! Takut kalau teruskan nanti jadi lagi teruk. Sebenarnya, korang kena patch test dulu sebelum beli sesuatu produk untuk pastikan kesesuaiannya dengan kulit muka korang. Takdelah breakout teruk muka korang tu!

2. Teruskan Dengan Basic Skincare

Pastikan asas penjagaan wajah korang dah betul betul kukuh sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum korang start pakai acids, e.t.c.. Sebab kalau tak nanti muka korang akan terus breakout sebab muka still tak boleh nak tolerate dengan acids. Ingat! Cleanser-moisturizer-sunscreen!

3. Beli Low pH Cleanser

Bila muka mula breakout, kulit muka akan jadi lebih sensitif. Sebaiknya, korang belilah cleanser dengan kadar pH rendah supaya muka korang tak jadi lagi teruk. Contohnya, Simple Hydrating Facial Wash Gel dan juga Hada Labo Mild & Sensitive Skin Face Wash. Harga pun murah!

4. Cari Produk Yang Ada Soothing Ingredients

Bila muka start irritated, carilah produk yang ada soothing ingredients. Sebagai contoh aloe vera, madu, snail dan centella asiatica. Bagi muka korang lega sikit okay!

5. Jangan Cuba Home Remedy!

Muka korang dah sedia maklum sensitif, janganlah cuba-cuba sapu dengan ubat gigi, kulit kayu manis ataupun lemon pulak. Nanti tak pasal muka korang dari tak berapa nak teruk jadi bertambah teruk.

6. Berhenti Skrub Muka

Buat masa sekarang, korang kena stop dulu scrub muka. Kalau teruskan skrub, muka korang berkemungkinan luka sewaktu scrubbing dan bakteria akan membiak. Ini boleh burukkan lagi keadaan kulit wajah korang.

7. Cari Produk Yang Sesuai

Paling penting kena tau skin concern korang apa, barulah boleh beli produk sesuai. Ni korang muka berminyak tapi pakai produk untuk muka kering, memang lagi teruklah breakout tu. Dah pakai produk sesuai, barulah muka boleh flawless semula!

8. Cari Dermatologist

Kalau dah try macam-macam tapi muka korang jadi lagi teruk ataupun takde effect, jalan yang terbaik adalah berjumpa dengan dermatologist. Diaorang lebih tahudan boleh check kulit korang dengan lebih mendalam!

So, korang dah tahu kan nak buat apa kalau muka start breakout? Jangan terus pakai produk yang sama sampai muka teruk sangat breakout. Bila nampak je tanda-tanda muka korang tak sesuai dengan produk tu, terus stop okay!

Paling penting, korang jangan lupa untuk follow Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan fesyen, mekap dan lifestyle wanita yang trendy dan terkini.

 

Kredit: Iman Abdul Rahim