berita

“Susahnya Nak Flawless” – 10 Cara Korang Boleh Amalkan Nak Elak Breakout

March 9th, 2019 | by Fella Zainal
Kini Trendy

cuci muka wajib untuk elak breakout

Breakout? Siapa je yang suka muka dia breakout kan? Ya sis faham sangat korang mestilah nak cantik sebab kulit muka flawless tu ibarat impian semua wanita!

Nak hilangkan breakout pun sebenarnya ambil masa yang lama dan tahap kesabaran yang tinggi. Tapi tak apa, sis share 10 cara nak elakkan breakout untuk korang okay!

1. Make sure muka korang bersih

cuci muka bersih-bersih ya gurls

Tak kisah lah jerawat tu ada ke tak, tapi penting untuk korang cuci muka dua kali sehari bagi membuang kekotoran, sel kulit mati dan juga minyak dari permukaan kulit. Basuh, bilas dan jangan lupa keringkan muka korang dengan tuala yang bersih.

2. Moisturizer is the KEY!

moisturizer is a key

Korang kena rajin gunakan pelembab untuk elakkan kulit wajah mengelupas dan kering. Bagi korang yang ada masalah jerawat boleh cuba pelembap yang “noncomedogenic” bagi mengurangkan jerawat.

3. Guna produk anti-jerawat

hapuskan jerawat

Produk anti-jerawat mempunyai bahan seperti benzoyl peroksida, asid salisilat, asid glikolik, atau asid laktik yang mampu mengecutkan jerawat korang. Tapi kalau korang ada masalah kulit kering, korang kena lebih berhati-hati. Tak semua produk anti-jerawat ngam dengan kulit korang ye!

4. Minimalkan make up okay!

kurangkan makeup if muka korang tengah breakout

Bila korang tengah alami breakout, kurangkan pakai foundation, powder dan blusher. Kalau pakai make up pun, make sure korang cuci make up tu sebelum tidur.

5. Produk rambut pun punca breakout

jauhkan rambut dari muka korang

Haa, korang mesti pelik kan kenapa produk rambut punca breakout? Bila korang pakai minyak rambut, pomade atau gel dan ianya terkena pada kulit muka, ia boleh menyebabkan jerawat naik tau!

6. Jangan nak sentuh kulit muka selalu

kurangkan sentuh muka korang

Kita tak tahu sama ada tangan kita kotor atau bersih kan. So, better jauhkan tangan daripada menyentuh kulit muka korang. Jangan gatal-gatal nak picit jerawat okay. Big NO!

7. Kurangkan terdedah di bawah matahari

sunblock is a must!

Sinar ultraviolet matahari boleh menyebabkan breakout. So kalau korang keluar, pastikan korang pakai sunblock. Sunblock sangat penting untuk protect kulit korang. Bukan je boleh elak breakout tapi hindarkan dari geragat!

8. Jaga pemakanan korang. Jangan nak fast food je kerjanya!

makan makanan yang sihat untuk kulit cantik

Harus yaa korang elakkan makan makanan yang berminyak, bahan tenusu dan makanan ringan. Makanan-makanan tersebut boleh membuatkan muka korang breakout tau. Yang penting lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran okay!

9. Dah jaga makan jangan tak exercise pulak

badan sihat. kulit cantik!

Senaman ni bagus untuk seluruh tubuh termasuk kulit korang. Bersenamlah at least dua kali seminggu. Jangan lupa mandi selepas bersenam!

10. CHILL!!

jangan stress-stress okay!

Hidup kita kena chill, stress juga merupakan punca breakout. So, korang jangan lah stress kalau nak kulit muka cantik. Hadapilah masalah korang dengan tenang ok!

yay hilang breakout

Sis Katy done share 10 tips macam mana korang nak elakkan kulit muka daripada breakout. Sis harap sis dapat membantu korang untuk dapatkan kulit muka yang korang idamkan. Jangan pernah give up, yang penting kena sabar.

Apa pun macam biasa jangan lupa untuk follow Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan fesyen, mekap dan lifestyle wanita yang trendy dan terkini.