berita

Kumpulan ‘Loudness’ & ‘Search’ Bakal Berkongsi Pentas Jun Ini?

April 16th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2013-04-16 at 12.16.33 PM

Sebut sahaja lagu seperti “Heavy Chain” dan juga “In My Dreams”, kami pasti ramai antara anda yang pernah melalui zaman rock 80-90an dulu tahu akan lagu ini kan?

Bagi yang tidak tahu, Loudness adalah sebuah kumpulan rock metal dari Jepun dan ditubuhkan pada tahun yang sama dengan kumpulan Search, tahun 1981. Ia ditubuhkan oleh gitaris, Akira Takasaki bersama pemain dram, Munetaka Higuchi.

Dan berita yang ingin kami kongsi disini ialah khabarnya, Loudness bakal turun ke Malaysia pada penghujung bulan Jun ini dan beraksi bersama kumpulan Search di atas satu pentas. Khabar ini dikuatkan lagi dengan status Twitter Akira Takasaki yang mengucapkan tahniah pada Amy Search sempena penghargaan yang diterima oleh kumpulan Search, baru-baru ini.

Screen Shot 2013-04-16 at 11.55.43 AM

Amy Search turut membalas ucapan tahniah tersebut dengan menulis, “Tq Akira Takasaki of Loudness. Yeah!! Looking 4ward 2b on stage again ?????”

Screen Shot 2013-04-16 at 11.54.30 AM

Wahhh! Nampaknya, Malaysia bakal bergegar dengan kemunculan dan gabungan dua kumpulan rock ini! Apa pun, mari kita layan dulu lagu “In My Dream” dan “Heavy Chain” selepas ini ya!

Heavy Chain

In My Dream

SKIP THIS AD ×