berita

Viral Lagu Parodi ‘Pinjam Seratus Nur Nilam Sari’, Netizen ‘Bedah’ Kisah Hiba M.Nasir Di Sebalik Lagu Asal

October 4th, 2023 | by Alia
Kini Trending

nur nilam sari

Tular baru-baru ini lagu Nur Nilam Sari yang dipopularkan oleh Datuk Awie bersama kumpulan Search telah diparodikan menjadi Pinjam Seratus Nur Nilam Sari dengan lirik yang merujuk kepada seseorang yang berkeinginan untuk meminjam wang.

Bagaimanapun, terdapat warganet yang mendakwa lagu tersebut mempunyai maksud yang lebih mendalam.

Artikel Berkaitan: ‘Rosak Lagu, Ya Lah Sikit Tapi…’ – M Nasir Tak Mahu Perbesarkan Isu Lagu ‘Tiara’ Nyanyian Raffa

Kisah anak & arwah isteri

nur nilam sari

Menerusi ciapan di platform X, seorang pengguna mendakwa lagu tersebut adalah berkisarkan tentang kehidupan peribadi pencipta lagu itu sendiri iaitu Datuk M.Nasir.

Difahamkan Nur Nilam Sari adalah nama anak perempuan penyanyi itu bersama arwah isterinya, Junaidah Johari.

Lagu Nur Nilam Sari sebenarnya mempunyai latar belakang yang mendalam bagi sang pencipta lagu.

Permulaanya ia dicipta sebagai lagu kesyukuran sang ayah setelah menerima anak perempuan yang dinantikan setelah sekian lama.

Karya yang dicipta bersama penulis lirik terkenal Allahyarham Loloq itu kemudian dipercayai menjadi sebuah lagu khas buat Junaidah selepas pemergiannya.

Tetapi bertukar menjadi lagu tribute kepada arwah isteri sang pencipta lagu apabila isterinya meninggalkannya setelah usia Nur Nilam Sari menjangkau dua bulan setengah.

Peristiwa ini dirangkapkan dalam bentuk lirik oleh sahabat sang pencipta lagu dengan begitu puitis.

‘Pinjam sinarmu Nurnilam Sari, buat ku merempuhi malam’. Kedua-dua baris ini memberi maksud yang sangat mendalam.

Untuk info, lagu tersebut juga turut dirakam semula dengan susunan muzik yang berbeza oleh M.Nasir dan dimuatkan di dalam album Srikandi Cintaku.

Komposer terkenal negara tersebut mendirikan rumah tangga bersama Junaidah dan dikurniakan lima orang anak sebelum suri hatinya itu meninggal dunia pada 1998.

Pada tahun 2000, M.Nasir kemudian berkahwin buat kali kedua bersama pelakon, Marlia Musa dan memiliki seorang cahaya mata perempuan.

Sumber: Platform X

SKIP THIS AD ×