Siapa yang tidak pernah ‘layan’ lagu daripada Radja Band. Kumpulan muzik rock terkenal Indonesia ini cukup popular di Malaysia sekitar tahun 2001. Antara lagu yang menjulang populariti mereka adalah Jujur, Tulus dan Benci Bilang Cinta.
Turun ke Johor
View this post on Instagram
Berita gembira untuk pengikut setia yang sudah lama menantikan adalah Radja bakal menggegarkan Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor Bahru menerusi Konsert Radja Majestic Johor pada 11 Mac depan.
Vokalis kumpulan Radja, Ian Kasela menerusi video promosi konsert terbabit mengakui teruja untuk menghiburkan peminat mereka di Johor Baharu.
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat teman di Malaysia khususnya di Johor. Saya Ian Kasela akan hadir pada 11 Mac ini di Stadium Tertutup Arena Larkin untuk bertemu teman- teman di sana.
Catat ya. Dapatkan tiket segera. Jangan lupa temu janji kita di sana ya!
Tambah Ian, mereka turut berterima kasih kepada pelancongan negeri Johor, penganjur, tenaga kerja dan produksi yang bakal menjayakan konsert terbabit.
Ini konsert pertama Radja di JB (Johor Bahru). Lets rock semua ya. Salam rindu dan sayang daripada kami, jumpa anda semua.
Lokasi strategik
Pengurus ASEAN Liaisons of Radja Band, Farid Hamid berkata, Radja Band yang ditubuhkan pada 17 Mac 1999 dan berasal dari Banjarmasin akan menyajikan 16 buah lagu malar segar kepada peminatnya.
Konsert Radja merupakan julung kali diadakan di Johor mendapat kerjasama daripada Tourism Johor serta penganjur MEE2 Events. Johor ini merupakan lokasi strategik, kita boleh bawa peminat dari tiga buah negara, iaitu Malaysia, Indonesia serta Singapura.
Sebanyak 16 buah lagu akan dipersembahkan dalam konsert itu nanti dan antara ‘killer song’ ialah Jujur, Tulus, Benci Bilang Cinta dan Takkan Melupakanmu.
Sudah pastinya konsert kali ini akan diatur dengan beberapa kelainan hasil idea dengan pihak Tourism Johor. Tunggu dan lihat dalam konsert nanti,” katanya dalam sidang akhbar di Hard Rock Cafe, Puteri Harbour baru-baru ini.
Nak promosi pelancongan
Sementara itu, Timbalan Pengarah Tourism Johor, Dr. Azlan Abd. Jalil yakin konsert tersebut bakal membawa limpahan ekonomi ke negeri ini, antaranya kepada pemain industri perhotelan, makanan dan minuman serta pengangkutan.
Tourism Johor akan membawa lebih ramai artis dari dalam dan luar negara. Ini merupakan salah satu acara dalam mempromosikan agenda pelancongan negeri Johor kepada orang ramai bukan sahaja rakyat tempatan, malah mengajak pelancong antarabangsa datang ke negeri ini.
Dalam pada itu, Pengarah MEE2 Events, Nurzalinda Azmi berkata, para peminat boleh membeli tiket konsert tersebut secara dalam talian di www.ticket2u.com.my dan hingga 13 Februari lalu sebanyak 1,000 tiket telah terjual.
Menurutnya, lima kategori tiket ditawarkan dengan harga berpatutan bermula dengan Silver RM68, Gold (RM108), Rockzone (RM129), VIP (RM299) serta MIP (RM799).