berita

‘Kurang Ajar Kau Ni, Ramai Orang Dalam GV Tu Cari Rezeki…’ – Elly Mazlein

October 16th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram Story, pelakon dan penyanyi Elly Mazlein tampil bersuara apabila ada individu bercakap buruk mengenai penarikan dirinya sebagai pengacara dalam program All Stars Gegar Vaganza tahun ini.

Artikel Berkaitan: ‘Niat Kita Baik, Tarik Diri Sebab Nak Beri Laluan Pada Yang Shaking’ – Kak Lina Perli Siapa?

Artikel Berkaitan: ‘Kepom Tak Mengandung, Itu Buncit La Awak’ – Elly Mazlein

Kurang ajar

Menerusi posting yang dimuat naik, individu tersebut mendakwa Elly Mazlein atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom sebagai seorang yang diva. Bukan itu sahaja, individu berkenaan turut meminta Kak Lina berubah dan mendekatkan diri dengan Tuhan.

Berikutan daripada itu, Kak Lina menyifatkan komen yang ditinggalkan individu tersebut sangatlah biadab dan kurang ajar. Jelas Kak Lina, individu itu tidak perlu melakukan kerja Allah dan menghukum orang. Tambah Kak Lina, dia tidak kisah kalau orang mahu marah terhadap dirinya tetapi jangan membabitkan orang lain yang terlibat dalam program tersebut. Katanya lagi, semua orang yang terlibat dalam program tersebut mahu mencari rezeki.

Terdahulu, Kak Lina telah pun melepaskan satu tanggungjawab yang dipikul sebelum ini untuk memberi laluan kepada seseorang yang berasa gerun dengan dirinya. Malah, Kak Lina turut berkata tidak elok bergaduh soal rezeki yang sememangnya sudah ditetapkan oleh Allah.

Tindakan Kak Lina yang menarik diri sebagai hos secara tiba-tiba telah mengejutkan ramai pihak minggu lalu.

Sumber: Elly Mazlein

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×