berita

Famili Duo 3: Kak Lina Pom Pom & Suami Diramal Jadi Peserta Keenam – ‘Patutlah Tarik Diri Dari GV’

October 14th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Kak Lina Pom Pom Jadi Peserta Ketujuh Famili Duo 3?

Keputusan pengacara dan pelakon, Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom untuk tidak lagi mengacara program realiti, All Star Gegar Vaganza (ASGV) atas alasan peribadi ternyata mengejutkan semua pihak terutama peminat setia.

Keputusannya itu membuatkan orang ramai menjadi tertanya-tanya sehinggakan ada yang mendakwa pengacara berusia 42 tahun itu ingin berehat seketika kerana hamil.

Artikel Berkaitan: ‘Kepom Tak Mengandung, Itu Buncit La Awak’ – Elly Mazlein

Peserta keenam Famili Duo 3?

Kak Lina Pom Pom Jadi Peserta Ketujuh Famili Duo 3?

Terbaharu, timbul pula satu desas-desus mengatakan Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi akan melengkapkan program realiti terhebat, Famili Duo 3 dengan menjadi peserta keenam bersama suaminya, Mohamad Azlan Che Nuh.

Ia susulan satu video tular yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok bernama Azzim Aziz.

Menerusi hantaran yang dimuat naik itu, terpampar gambar serba hitam menunjukkan peserta misteri yang bakal menjadi pelengkap bagi rancangan realiti yang bakal membuka tirainya pada keesokan hari.

Apa yang menarik perhatian ialah gambar misteri tersebut dilihat mirip sekali dengan gambar perkahwinan Elly dan suami pada Januari 2020.

Respon netizen

Kak Lina Pom Pom Jadi Peserta Ketujuh Famili Duo 3?

Kak Lina Pom Pom Jadi Peserta Ketujuh Famili Duo 3?

Kak Lina Pom Pom Jadi Peserta Ketujuh Famili Duo 3?

Kak Lina Pom Pom Jadi Peserta Ketujuh Famili Duo 3?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyuarakan keterujaan mereka dengan khabar angin tersebut dan tidak sabar untuk menyaksikan Famili Duo 3.

Sekadar info, Famili Duo akan bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 mulai 15 Oktober 2023 atau strim di www.tonton.com.my.

Video

@azimajiem11 Kepom peserta FAMILI DUO????????????Patut TARIK diri dari GV.. seriussss???? #fyp??viral #fyp? #TikTokAwardsMY #fyypppppppppppppppppp #viraltiktok #kepom #familiduo ? Tania A Suka Lama Suka Dia Duo Manja – Duo MAnJA Real

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×