Umum mengetahui, Zul Ariffin telah dikenakan denda sebanyak RM30,000 atas kesalahan memuat naik kandungan sumbang di media sosial pada 18 Mac lalu.
Artikel Berkaitan: ‘Mereka Malaikat, Saya Seorang Tidak’ – Zul Ariffin
Artikel Berkaitan: Zul Ariffin Cakap Orang Lain Malaikat Sebab Terlepas Hukuman, Ini Respon Erma Fatima
Terbaru, Zul dilihat memuat naik satu ciapan di Twitter yang didakwa berbaur sindiran.
Kurangkan makan cili, nanti menggelupur
Menerusi tweet tersebut, Zul mengingatkan netizen betapa pentingnya untuk menjaga kesihatan diri. Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian warganet adalah ayat ‘makan cili’ yang ditulis olehnya. Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa ciapan Zul tersebut seolah-olah mempunyai maksud tersirat yang ingin disampaikan. Malah, ada yang mendakwa Zul seakan ingin tujukan Tweet tersebut kepada seseorang.
Terdahulu, kenyataan Zul yang mengatakan pihak lain sebagai ‘malaikat’ telah menjadi bualan hangat dalam kalangan segelintir pihak. Bukan itu sahaja, pengarah dan penerbit, Erma Fatima ingin tahu siapa ‘malaikat’ yang dimaksudkan itu.
Sumber: zul_ariffin86