Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan keperincian dan kelayakan akses melalui Akaun 1 bagi kemudahan rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19. KWSP memperkenalkan i-Sinar untuk kira-kira 2 juta ahli yang kehilangan pekerjaan, cuti tanpa gaji dan tiada sumber pendapatan bulanan.
Pendahuluan maksimum pertama
2 juta ahli yang terkesan layak untuk membuat permohonan bagi program i-Sinar bermula pada Disember 2020. Jumlah wang yang layak akan dikreditkan kepada ahli pada hujung bulan permohonan dibuat. Peringkat pertama pengkreditan bermula pada Januari 2021 hadapan dan secara berskala sehingga 6 bulan. Sebanyak 10% wang simpanan layak untuk dikeluarkan dalam Akaun 1.
Kelayakan i-Sinar
Sementara itu, ahli juga digalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada ahli kewangan terlebih dahulu melalui Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan KWSP atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) sebelum memohon i-Sinar.
Sumber: Buletin TV3, KWSP