berita

Laa Boleh Makan Rupanya, Ini Resipi Aloe Vera Jelly Ala Nata De Coco

February 8th, 2019 | by Hazurin
MyResipi

khasiat aloe vera

Aloe Vera atau lebih dikenali sebagai pokok lidah buaya merupakan antara tumbuhan semula jadi yang paling banyak khasiat kepada manusia sama ada untuk kegunaan luaran mahupun dalaman. Isinya yang kenyal berbentuk jeli mempunyai pelbagai khasiat tersendiri untuk kulit manusia.

Namun, jangan tak tahu isinya juga boleh dimakan tapi perlulah melalui proses tertentu. Perkongsian oleh Nur As Shifa Halim ini tentang bagaimana cara untuk buat resipi Aloe Vera Jelly ala-ala Nata De Coco yang sedap dicampurkan bersama segelas air minuman.

Sedap minum sejuk-sejuk

khasiat aloe vera

Sedap angpa oii sejukk ja masuk tekak (sis buat sirap limau) .

Sebelum ini tak lalu jugak nak makan, banyak buang ja aleo vera yang tua-tua itu sebab bau dia Allah tak lepas nak piiii.

Baru ini, suami sis try buat ehhh sedap pulak, masuk harini kali kedua lah ni try selepas adjust semua and google resipi bagi puas hati. Finally, sedap rupanya Aleo Vera ini.

Nak lagi bagus boleh makan mentah-mentah gitu, lagi banyak khasiat, tapi pastikan cecair kuning (Aloe Vera Latex) boleh rujuk gambar dibawah kena buang dulu bagi bersih2 supaya tak gatal dan selamat dimakan.

Resipi Aloe Vera Jelly Ala Nata De Coco

1. Pilih aloe vera yang dah matang

khasiat aloe vera

Pilih yang matang (tua). Macam mana nak tau? Cuba tekan tengah-tengah pokok aloe vera tersebut, kalau keras dan padat maksudnya dah boleh harvest (tuai). Yang suami sis tanam ini spesies bila kecik ada bintik-bintik, dah besar hilang bintiknya.

2. Keluarkan aloe latek (cecair kuning)

khasiat aloe vera

Part ini sangat penting. Nak keluarkan Aloe Latex (cecair kuning). Boleh akibatkan gatal-gatal kalau tak bersih elok-elok. Ini suami sis tegakkan Aloe Vera yang dituai tadi, tegakkan dalam 1-2 jam. Alhamdulillah kami buat step ini tak dak gatal-gatal tekak ke apa bila makan.

3. Basuh bersih dan potong kepada 2 bahagian

khasiat aloe vera

Kemudian, basuh bersih-bersih dan potong kepada 2 atau 3 bahagian ikut keselesaan anda nak proses. Sebab masa 1st time buat, suami sis luka jugak tapak tangan. Duri Aloe vera agak tajam.

4. Buangkan kulit

Buang bahagian tepi (bahagian duri) terlebih dahulu.

khasiat aloe vera

Kemudian, buang kulit bahagian atas.

khasiat aloe vera

5. Potong ikut saiz

khasiat aloe vera

Pastu potong ikut suka saiz. Nak senang, (sebab bendanya berlendir mudah lari-lari) potong dulu ikut saiz yg nak, tapi disarankan petak-petak sederhana dan jangan kecik sangat nanti tak feel time gigit-gigit. Lepas potong macam ini, amek sudu korek saja dari atas.

6. Basuh bersih isinya

khasiat aloe vera

So dapat lah macam ini hasilnya. Basuh bersih-bersih.

7. Rebus kali pertama selama 30 minit

khasiat aloe vera

Rebusan kali pertama 30 minit (Aloe Vera + air saja). Rebusan ini ikut la nak rebus lama mana, disebabkan sis tak tahan bau dia, so up 30 minit. Lepas rebus, boleh buang air rebusan. Kalau anda nak nak kekalkan khasiat lagi boleh je kot try celur isi alove vera ini.

8. Rebus kali kedua selama 15 minit

khasiat aloe vera

Rebusan kali kedua dlm 15 minit sahaja (Aloe Vera+Gula batu+daun pandan) sukatan agak-agak ikut pada anda nak manis macam mana.

9. Siap!

khasiat aloe vera

Siap untuk dihidanggg! Sedap naaa rasa macam Peel Fresh Marigold..

Boleh buat air sirap limau bersama aloe vera

khasiat aloe vera

Disebabkan rebusan kedua sis dah letak gula batu. Jadi, cedok sekali air rebusan + Aloe vera tu, masukkan sirap sikit, tambah biji selasih, ais dan hirisan lemon. Sedap angpa oiii!

Selamat mencuba!

Sumber: Nur As Shifa Halim