![[VIDEO] Amira Othman Dedah Suami Kerap Hantar Video Resipi – ‘Saya Kena Faham Yang Dia Nak’](https://asset.ohbulan.com/2026/02/fattah-amira-5-1.jpg)
Penyanyi Amira Othman mendedahkan suaminya, Fattah Amin kerap menghantar pelbagai resipi juadah di akaun TikToknya.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Mohon Privasi & Ruang, Tiba Masa Akan Dikongsikan’ – Amira Othman Jawab Dakwaan Hamil
Artikel Berkaitan: Amira Othman Tak Ambil Hati Dikutuk – ‘Saya Abaikan, Mereka Kena Cari Di Padang Mahsyar’
Hantar resipi
Menerusi satu potongan siaran langsung di TikTok, Amira, atau nama lengkapnya Nadia Amira Othman, 32, memaklumkan bahawa Fattah banyak membuat permintaan agar dia memasak pelbagai juadah.
Tambah pelantun lagu ‘Bila Nak Kahwin’ itu, dia perlu memahami petunjuk yang diberikan Fattah menerusi video-video yang dihantar.
Saya tunjukkan Fattah hantar saya video. Belum puasa lagi tau, dia dah mengidam.
Dia dah suruh siap-siap dah isteri dia masak.
Bila dia hantar itu, saya kena faham la yang maksudnya dia nak.
Dalam pada itu, Fattah turut bertanyakan kepada pengikutnya sama ada terdapat suami lain sepertinya yang sering menginginkan isteri masak makanan yang diidamkan.
Siapa macam saya? Suami-suami yang teringin nak makan sesuatu, dia hantar video resipi pada isteri masing-masing.
Reaksi netizen




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata golongan isteri berkongsi kerenah suami yang dikatakan sama apabila sering menghantar video masakan. Selain itu, warganet menyifatkan Amira sebagai seorang yang handal di dapur dengan bakat memasaknya.
Sumber: TikTok @icecrusher






![[VIDEO] ‘Tak Perlu Terlalu Lama’ – Jaja Ishak Nasihat Noorkhiriah Jangan Larut Dengan Kekecewaan](https://asset.ohbulan.com/2026/08/jaja-ishak-noorkhiriah.jpg)

