Baru-baru ini, berlaku perselisihan faham antara atlet Muay Thai negara, Johan Ghazali dan usahawan Zain Rosli atau lebih dikenali sebagai Ojen Aiwah, sehingga mencetuskan perhatian hangat netizen di media sosial.

Artikel Berkaitan: ‘Duit Banyak Tak Ada Guna Kalau Awak Tak Sihat’ – Johan Ghazali

Artikel Berkaitan: Johan Ghazali Tak Suka Orang Gemuk Tiada Usaha Turun Berat Badan – ‘Malaysia Susah Cari Orang Kurus’

Johan Ghazali, Ojen Aiwah gaduh?

Isu tersebut dikatakan bermula selepas Johan Ghazali atau lebih mesra dengan panggilan Jojo tampil dalam sebuah podcast dan menyifatkan pencuci mulut popular, kunafa, sebagai makanan ‘sampah’ kerana kandungannya yang dianggap tidak sihat. 

Kenyataan itu bagaimanapun menimbulkan rasa kurang senang Ojen, memandangkan kunafa merupakan produk utama perniagaannya.

Menerusi tangkap layar yang tular di Threads, Ojen pada awalnya dipercayai menawarkan tajaan daripada jenama Kunafa Aiwahh kepada Jojo. Namun, atlet muda itu menolak pelawaan tersebut kerana mahu mengekalkan imej gaya hidup sihat yang dibawanya.

Hidup ni bukan pasal duit je Ojen, Jojo ada pendirian. Jojo rasa brand ni tak seiras dengan brand Jojo. Jojo nak promote gaya hidup yang sihat and kunafa ni tak sihat. So no thank you. Semoga dimurahkan rezeki selalu.

‘Semua kunafa sampah’

Perbualan kemudian bertukar tegang apabila Ojen mempersoalkan penggunaan perkataan ‘sampah’ yang dianggap keterlaluan dan tidak menghormati makanan serta peniaga tempatan. 

Ojen turut mendakwa kenyataan tersebut seolah-olah sengaja dibuat untuk mencetuskan provokasi atau ragebait demi meraih perhatian.

Nak cakap tak sihat kita boleh terima tapi kalau mention sampah. Makanan kot. Beradab jugak jojo. Jangan sekadar ragebait.

Lain orang lain cara cari rezeki. Kalau tak suka cakap baik baik jangan sampahkan makanan, Dulu kemain DM voice nak booking kunafah, skrg meludah ke langit hujung hujung kena muka sendiri.

Jojo bagaimanapun mempertahankan pendiriannya dan menegaskan dia hanya memberikan pandangan jujur mengenai makanan tersebut. Malah, dia turut menyatakan bahawa semua jenis kunafa dianggap tidak sihat dari sudut pemakanan seorang atlet profesional.

Ni bukan ragebait, ni fakta. Semua kunafa sampah.

Takkan kunafa ni satu dunia kau punya. Aku cakap makanan tu sampah sebab memang sampah pun. Aku tahu sebab aku dah pernah cuba. 

Kau jangan la terasa sangat. Kau nak sponsor orang tu ikut kau la aku tak ada kena mengena dengan aku. Host cakap pasal kunafa aku bagi la pendapat aku. 

Sama je kalau dia cakap pasal makanan sampah lain yang tak patut dimakan orang.

Ojen turut menjelaskan bahawa penglibatannya menaja atlet Muay Thai tempatan dilakukan atas dasar mahu membantu dan menyokong arena sukan, bukannya semata-mata mengejar keuntungan.

Sumber: Threads Johan Ghazali