
Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali sekali lagi mengundang perhatian ramai selepas membidas kenyataan yang mendakwa bahawa berbadan besar bukanlah satu masalah asalkan mempunyai harta.
Artikel Berkaitan: Johan Ghazali Tak Suka Orang Gemuk Tiada Usaha Turun Berat Badan – ‘Malaysia Susah Cari Orang Kurus’
Artikel Berkaitan: Johan Ghazali & Keluarga Terkandas Di Mekah – ‘Dapat Luang Masa Lebih Di Sini’
Mindset
View on Threads
Kata Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo, pemikiran sedemikian merupakan antara mindset yang tidak membawa manfaat kepada masyarakat.
Menurut bintang muda ONE Championship itu, kekayaan harta tidak membawa makna sekiranya tahap kesihatan diabaikan.
Saya tak tahu dia ni main main atau serius, tapi kalau betul dia serius inilah mindset paling bangang saya pernah tengok.
Duit banyak macam mana pun takkan ada guna kalau awak tak sihat. Awak nak duduk dalam kereta jenama Lamborghini pun tak muat.
Sementara itu, Jojo turut menyelar sikap segelintir pihak yang sering menggunakan alasan kesibukan kerja dan tiada masa sebagai penghalang untuk bersenam.
Nak cakap tiada masa untuk bersenam tapi masa untuk makan ada saja. Pemikiran bahalol yang akan menjatuhkan negara.
Sebelum ini, Jojo berkongsi pandangan peribadinya terhadap individu berbadan besar atau obesiti.
Bagaimanapun, perkongsian itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Sumber: Threads