Foto: CNN Indonesia
Pelakon yang terkenal dengan filem fenomena Indonesia, Laskar Pelangi, iaitu Zulfani Pasha ditahan pihak polis selepas disyaki terlibat dalam kes penipuan secara atas talian.
Artikel Berkaitan: Pelakon Lelaki Terkenal Didakwa Ambil Bahan Terlarang, Pernah Dicekup Berkhalwat
Tipu tawar isteri untuk khidmat seks
Foto: Detik.com
Memetik laporan CNN Indonesia, Zulfani yang terkenal dengan watak Ikal dalam filem Laskar Pelangi itu dituduh melakukan penipuan di aplikasi MiChat dengan cara menawarkan isterinya, Putri Amelia untuk melakukan khidmat seks kepada lelaki bagi mendapatkan wang.
Perbuatan terkutuk mereka mula terbongkar selepas salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Rocky melaporkan perbuatan pasangan tersebut kepada pihak polis.
Difahamkan, Zulfani meminta isterinya untuk melakukan sesi tawar menawar dengan Rocky sebelum mangsa bersetuju untuk melanggan Putri dengan harga RM151.
Namun, Zulfani menegaskan bahawa dia sama sekali tidak berniat untuk melacurkan isterinya, tetapi hanya menggunakan cara sedemikian hanya kerana ingin mendapatkan wang selepas dihimpit dengan kesempitan hidup.
Saya bersalah. Saya memang tidak berniat buat jenayah tapi saya begitu terdesak kerana dihimpit dengan masalah ekonomi.
Dalam pada itu, pihak berkuasa Indonesia turut menjelaskan motif sebenar pelakon berkenaan yang ingin membelikan buah tangan buat keluarga isterinya di Belitung Timur.
Mereka mencari duit untuk beli buah tangan dan diberikan kepada keluarga Putri. Oleh kerana tidak ada duit, maka mereka melakukan rencana kejahatan ini.
Sekiranya didapati bersalah, Zulfani dan isteri serta rakan mereka yang bernama Andi bakal berdepan hukuman maksima empat tahun penjara.
Untuk info, Zulfani mula terkenal dan menjadi fenomena selepas berjaya memenangi Anugerah Pelakon Baru Terbaik di Indonesian Movie Actors Awards tahun 2009 menerusi filem yang dibintanginya, Laskar Pelangi.
Sumber: CNN Indonesia