berita

Lady Nayoan Tak Jadi Cerai, Terharu Rendy Kjaernett Sapu Minyak Selepas Kemalangan

August 19th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Lady Nayoan & Rendy Kjaernett Rujuk Semula

Bagaikan pelangi muncul selepas hujan! Itulah perumpaan yang sesuai diberikan buat rumah tangga pasangan pelakon Indonesia, Lady Nayoan dan Rendy Kjaernett apabila mereka memilih untuk rujuk semula dan melupakan segala ujian dan dugaan yang melanda.

Berita mengenai perkara tersebut semakin hangat diperkatakan selepas Lady dilihat mula menunjukkan kemesraannya bersama Rendy kepada khalayak ramai.

Artikel Berkaitan: Kes Curang Rendy Kjaerneet! Landy Nayoan Failkan Penceraian, Tuntut Hak Penjagaan Anak

Terharu Rendy jaga lepas kemalangan

Lady Nayoan & Rendy Kjaernett Rujuk Semula

Memetik laporan portal Bandung Viva, difahamkan, keputusan itu juga dibuat Lady selepas terharu dengan suaminya itu yang menjaganya dengan baik sekali selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya sebulan yang lalu.

Menurut Lady, sikap Rendy yang ikhlas menjaganya membuatkan dirinya terbuka untuk menerima semula suaminya itu.

Mereka juga dikatakan sudah mula tinggal serumah selepas kejadian tersebut.

Kami sudah tinggal serumah sebelum dari kami mengambil keputusan untuk rujuk lagi. Selepas kemalangan itu, Rendy selalu sapu minyak untuk saya.

Sepanjang sembilan tahun, sangat susah untuk lihat dia berdoa tetapi kali ini dia mendoakan agar saya cepat sembuh. Ada waktunya dia akan pegang belakang saya dan berdoa.

Saya nampak perubahan dirinya.

Dalam pada itu, Lady mengesahkan proses rujuk semula sudah pun dilakukan mereka dan ketika ini masih menunggu keputusan dari Mahkamah Syariah Indonesia.

Melihat dari sikap Rendy itu, saya nekad untuk rujuk semula dan adakan proses pendamaian. Ketika ini, kami sedang menunggu keputusan mahkmah untuk menjalani proses tersebut.

Sekiranya diputuskan untuk kami berdamai, maka kami akan rujuk semula.

Terdahulu, kecoh mengenai kemelut rumah tangga mereka selepas Nayoan berjaya membongkar kisah skandal suaminya itu yang didakwa telah menjalin hubungan sulit dengan adik kepada aktor Raffi Ahmad iaitu Syahnaz Sadiqah.

Rendy kemudiannya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui kesilapannya yang berlaku curang terhadap Nayoan.

Sumber: Bandung Viva, Metro Suara

SKIP THIS AD ×