berita

Lagi Beberapa Hari Nak Beraya, Abang Bunuh Adik Kandung Dengan Parang

April 8th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Seorang lelaki ditahan polis selepas didakwa membunuh adik kandungnya dalam satu kejadian di Jawa Tengah, Indonesia pada Ahad.

Abang bunuh adik

Memetik laporan Regional Kompas, suspek mendakwa terdengar satu bisikan yang menyuruhnya membunuh mangsa. Disebabkan bisikan tersebut, suspek masuk ke bilik dan membunuh adiknya yang sedang tidur.

Susulan daripada itu, suspek telah ditahan polis bagi membantu siasatan. Semasa soal siasat, suspek mendakwa bisikan tersebut adalah daripada arwah abangnya.

Hasil siasatan awal mendapati, suspek kemungkinan mengalami gangguan mental namun pihak polis masih menunggu keputusan pemeriksaan kesihatan daripada pihak hospital.

Pihak polis turut merampas sejumlah barang bukti termasuk sebilah parang sepanjang 50 sentimeter.

Sumber: Regional Kompas

SKIP THIS AD ×