Setiap pasangan yang bercinta pasti mengimpikan hubungan yang dibina kekal hingga ke jinjang pelamin.
Tetapi lain pula kisah yang dilalui wanita ini apabila rancanganya untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian dek kekasih hati membatalkan majlis secara tiba-tiba.
Ditinggalkan bakal suami sebab badan berisi
Menerusi perkongsian di TikTok, seorang wanita yang dikenali sebagai Elvina Ramayanti mendakwa ditinggalkan oleh bakal suami hanya kerana lelaki itu tidak mahu menerima pasangan yang memiliki berat badan berlebihan.
Lebih memilukan apabila keputsan tersebut dibuat secara tiba-tiba walhal segala persiapan telah pun siap malah kad jemputan juga sudah diedarkan kepada para tetamu.
Beberapa hari sebelum menjelang hari bahagia, Elvina akui berasa tidak sedap hati sehinggalah pada satu hari, dia tergerak hati untuk memeriksa telefon bimbit bakal suaminya. Alangkah terkejutnya apabila melihat lelaki itu berbalas mesej dengan wanita lain.
Apabila Elvina bertanya kepada bakal suaminya apa motif berbuat demikian dan apa kurangnya dirinya, lelaki itu menjawab dia mahukan isteri yang memiliki bentuk badan ideal. Meskipun Elvina meminta untuk memberikannya sedikit masa untuk diet, tetapi lelaki itu tetap nekad untuk memutuskan hubungan mereka.
Batal majlis kahwin
Sumber: Elvina Ramayanti