berita

Lagi Kes Disyaki Strok Haba, Kali Ini Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun Meninggal Dunia

May 2nd, 2023 | by Alia
Kini Trending

Foto: Harian Metro

Seorang kanak-kanak lelaki, Airiel Syahren disahkan meninggal dunia di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor selepas disyaki mengalami simptom strok haba.

Artikel Berkaitan: Cuaca Panas Terik! Awasi Serangan Strok Haba, Peka Keadaan Anak Kecil

Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Perempuan Usia Setahun Maut Akibat Strok Haba – ‘Air Dalam Badan Semua Kering’

Alami simptom strok haba

Gambar sekadar hiasan

Menurut bapa kepada kanak-kanak itu, Syahrol Azmi Mohd Hekak, pada awalnya dua anak lelakinya hanya mengalami demam biasa. Namun pada jam 10 malam Ahad lalu, anaknya mengalami simptom demam tidak berpeluh, kekejangan otot, muntah, terkencing, terberak serta meracau.

Pada malam kejadian dia mengejutkan saya dan menyuruhnya tidur di ruang tamu mungkin kerana di bilik itu sejuk.

Selepas itu saya dengar macam bunyi benda jatuh dan kemudian saya dapati dia mengalami kekejangan di ruang tamu.

Ketika menghubungi talian kecemasan, pihak hospital meminta dia melakukan pertolongan awal kepada anaknya.

Pihak hospital ada tanya, apakah anak saya ada sawan? Lagilah saya panik, tetapi pihak hospital beritahu supaya mengiringkan badan anak saya itu, jangan bagi dia makan atau minum dan tunggu ambulans sampai.

Dalam tempoh itu, anak saya meronta-ronta sampai terberak, terkencing dan seperti menahan kesakitan. Adiknya juga mengalami perkara sama tetapi dalam beberapa minit sahaja.

Terkejut tengok keadaan anak

Gambar sekadar hiasan

Keesokan harinya, bapa berusia 42 tahun ini mendapat panggilan daripada pihak hospital yang memintanya untuk membawa lampin pakai buang untuk anaknya. Bagaimanapun, dia menerima panggilan kedua tidak lama kemudian untuk segera ke wad anaknya.

Ketika meninjau di katil anak, saya terkejut kerana anak saya sedang dipam di dadanya oleh kakitangan di situ.

Kemudian dua orang doktor memanggil saya ke bilik mereka dan menerangkan anak saya mengalami simptom strok haba hingga menyebabkan buah pinggang terjejas, X-ray dadanya berwarna putih selain terkena radang otak.

Kanak-kanak itu disahkan doktor meninggal dunia akbat ‘septic shock secondary to meningoencephalitis’ dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bentong.

Anak ketiganya, Aidil Syahren yang turut mengalami simptom yang sama kini dilaporkan sudah stabil dan masih berada di hospital.

Dalam pada itu, dia mengingatkan ibu bapa supaya mendapatkan rawatan segera jika anak-anak mengalami demam.

Jangan ambil mudah jika anak-anak anda mengalami demam, jangan fikir lagi soal ada duit atau tidak, segera hantar mereka mendapatkan rawatan di hospital.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×