berita

Lagi Sebulan Nak Bertanding Pilihan Raya, Video Lucah Ahli Politik Tersebar

September 15th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Seorang ahli politik wanita di Colombia, Catalina Jaramillo kesal apabila video tidak senonoh dia dan teman lelakinya tersebar di media sosial.

Video tersebar

Menerusi video pendek tersebut, kelihatan Jaramillo, 44, yang tidak berbaju berbaring di atas katil bersama teman lelakinya. Turut kedengaran, pasangan ini ada berbual mengenai kempen pilihan raya sebelum menghantar rakaman tersebut kepada ahli kempen pilihan raya melalui aplikasi WhatsApp pada 1 September.

Namun siapa sangka, dalam sekelip mata sahaja, video tersebut mula tersebar meluas di internet. Susulan daripada itu, Jaramillo berharap agar pengikutnya memberikan sedikit masa kepadanya untuk membuat siasatan lanjut berhubung penyebaran video terbabit.

Ujar ibu kepada seorang cahaya mata ini, rakaman tersebut disebarkan tanpa kebenarannya dan itu bukanlah video rasmi kempen pilihan raya. Sebaliknya, video tersebut adalah untuk simpanan peribadinya.

Untuk rekod, Jaramillo bakal bertanding untuk merebut kerusi dalam pilihan raya di Antioquia pada 29 Oktober hadapan.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×