berita

Lagu ‘Seindah Kasih’ Hasil Gabungan Dua Penyanyi Berbeza Genre

April 10th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Sebagai tanda penghargaan kepada penonton, Media Prima Berhad pada tahun ini telah memperkenalkan tema Seindah Kasih bagi menyemarakan sambutan bulan Ramadan dan juga Aidilfitri.

Penyanyi Bil Musa dan Aqmal Ramdan telah menyumbangkan suara untuk lagu kempen Seindah Kasih yang pastinya menjadi lebih menarik kerana gabungan genre muzik mereka yang berbeza.

Sedap didengar!

Lirik dan komposer bagi lagu Seindah Kasih dihasilkan oleh Bil Musa sendiri dan sahabatnya Amsyar Razqa, serta komposer bersama Kirin Saadon.

Sentuhan unik Bil Musa dalam setiap lagu-lagunya sebelum ini dijangkakan bakal memberikan impak yang baik terhadap lagu Seindah Kasih serta dapat menarik minat ramai pendengar.

Aqmal Ramdan yang merupakan Naib Johan bagi program Terpaling Juara ini juga tidak kurang hebatnya kerana memiliki suara serak basah membuatkan lagu Seindah Kasih ini semakin sedap untuk didengari.

Dalam pada itu, kedua-dua penyanyi ini meluahkan rasa syukur kerana sentiasa mendapat sokongan yang berterusan dalam setiap karya yang dihasilkan dan mereka berjanji akan terus menghasilkan muzik yang berkualiti khas buat peminat mereka.

Lebih menarik lagi, lagu Seindah Kasih ini juga merupakan runut bunyi untuk filem Seindah Kasih The Movie yang bakal ditayangkan di platform Tonton pada 12 April 2023.

Kempen Seindah Kasih melibatkan ramai rakan selebriti seperti Mimi Lana, Anas Ridzuan, Siti Saleha, Luqman Hafidz, Shasha Abedul, Meerqeen, Anna Jobling, Ruhainies, Danial Fong, Ain Edruce dan Ejen Ali.

Selain lagu tema kempen, pelbagai rancangan menarik juga disediakan sepanjang bulan Ramadan ini menerusi TV3, TV9, Tonton, Hot FM, Buletin FM, Molek FM, Primeworks Studios, Berita Harian, Harian Metro, OhBulan, Seismik, Xtra, Sirap Limau, Waktu Solat Malaysia dan Big Tree.

Jangan lupa untuk dengarkan lagu Seindah Kasih di semua platform digital muzik dan layari laman xtra.com.my/seindahkasih untuk maklumat lanjut tentang kempen Seindah Kasih.

SKIP THIS AD ×