berita

Lahirkan Bayi Semasa Penerbangan, Wanita Tak Mengaku Tinggal Anak Dalam Tong Sampah Pesawat

January 4th, 2022 | by Iman
Kini Trending

Seorang bayi lelaki yang baru sahaja dilahirkan ditemui oleh kakitangan lapangan terbang di dalam tong sampah tandas sebuah pesawat, Mauritius. Walau bagaimanapun, seorang wanita berusia 20 tahun dari Madagascar yang disyaki ibu kepada bayi berkenaan juga telah ditahan.

Artikel berkaitan: Terlepas Panggilan Akhir, Wanita Lari Berhenti Depan Kapal Terbang

Ditinggalkan di dalam tong sampah

Sekadar gambar hiasan

Menurut laporan BBC, pesawat Air Mauritius yang tiba dari Madagascar telah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sir Seewoosagur Ramgoolam pada 1 Januari lalu.

Namun, bayi tersebut dijumpai apabila pegawai lapangan terbang melakukan pemeriksaan rutin kastam di dalam pesawat sekali gus bergegas membawanya tersebut ke hospital awam untuk rawatan.

Pada awalnya, wanita yang disyaki ibu kepada bayi berkenaan menafikan bahawa bayi malang itu adalah miliknya. Walau bagaimanapun selepas menjalani beberapa pemeriksaan kesihatan telah mengesahkan dia baru melahirkan anak. Dalam pada itu, dia diletakkan di bawah pengawasan polis di hospital dan kedua-duanya dilaporkan berada dalam keadaan sihat.

Susulan daripada itu, wanita yang tiba di Mauritius dengan permit kerja dua tahun berkenaan akan disoal siasat selepas keluar dari hospital dan didakwa meninggalkan bayi yang baru dilahirkan.

Sumber: BBC

SKIP THIS AD ×