berita

Terlepas Panggilan Akhir, Wanita Lari Berhenti Depan Kapal Terbang

January 3rd, 2022 | by Iman
Kini Trending

Seorang wanita yang hendak pulang ke rumah selepas Krismas nekad untuk berlari keluar menuju ke landasan lapangan terbang menuju ke hadapan pesawat.

Wanita terbabit dipercayai bertindak sedemikian kerana cuba untuk mendapatkan perhatian juruterbang disebabkan lewat untuk menaiki pesawat berkenaan.

Artikel berkaitan: Jadikan Seluar Dalam Wanita Sebagai Pelitup Muka, Penumpang Dihalau Dari Pesawat

Lari ke landasan lapangan terbang

Pada Ahad lalu, Vickie Meyers, 53, berkata kepada pihak polis ketika kejadian dia berada dalam keadaan mabuk dan bertindak mengejar pesawat Spirit Airlines di Lapangan Terbang Sky Harbour, Phoenix.

Wanita terbabit dipercayai keliru mengenai masa perlepasan pesawat dan terlepas panggilan masuk yang terakhir ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di St. Louis, Misssouri.

Meyers dikatakan pada mulanya mencuba untuk masuk melalui pintu masuk dengan menggunakan kod rawak dan kemudiannya keluar melalui pintu kecemasan yang membawanya ke landasan sekali gus pergi ke hadapan pesawat dan cuba untuk menarik perhatian juruterbang.

Wanita itu ditahan oleh kakitangan lapangan terbang sehingga polis tiba dan dibawa kembali ke terminal. Dia kemudiannya ditahan dan dibawa ke penjara Maricopa County serta didakwa dengan pencerobohan jenayah tahap pertama.

Sumber: Mirror.co.uk

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×