berita

Lakonan Mantap Aedy Ashraf & Amelia Henderson Dalam Kisah Cinta Kita

November 26th, 2021 | by Iman
Shout Out!

Sebuah terbitan A. Aida Production, drama Kisah Cinta Kita bersiaran bermula hari ini selama 28 episod menerusi slot Akasia TV3, pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam. Para peminat drama Melayu juga berpeluang untuk menyaksikannya drama ini di platform penstriman popular Disney+ Hotstar Malaysia.

Perlu menyamar

Kisah Cinta Kita merupakan idea asal daripada Rehal Nuharis dan Bikash Nur Idris yang juga merangkap penulis skrip drama rantaian ini. Diarahkan oleh Riza Baharudin, Kisah Cinta Kita menampilkan barisan pelakon popular Malaysia seperti Aedy Ashraf, Amelia Henderson, Dato’ Jalaludin Hassan, Datin Seri Maria Farida, Khaty Azian, Ikmal Amry dan ramai lagi.

Drama rantaian ini mengisahkan tentang Aleesa (Amelia Henderson) yang telah didatangi seorang lelaki tidak dikenali, Amer (Aedy Ashraf). Dia diminta untuk menyamar sebagai Natasha yang telah menghilangkan diri dan kebetulan mereka berdua memiliki wajah yang sama. Memandangkan dia hanya perlu menyamar dalam tempoh yang sekejap sahaja, Aleesa bersetuju. Dia cuma perlu ke hospital dan berbual dengan Datuk Ramzi (Dato’ Jalaludin Hassan) yang belum sedarkan diri.

Penyamaran diteruskan

Malang tidak berbau apabila satu kemalangan jalan raya yang tragis telah menimpa Natasha, dan Amer mengarahkan Aleesa untuk meneruskan penyamarannya walaupun Aleesa tidak bersetuju kerana Datuk Ramzi telahpun sedarkan diri.

Namun, demi ibunya, Aleesa terpaksa meneruskan juga penyamarannya walaupun perasaan benci dan marah terhadap Amer meluap-luap. Dalam pada itu, Aleesa mulai berasa curiga dengan Amer apabila dia melihat Amer dan Datin Laila dalam keadaan yang mencurigakan. Apakah yang akan berlaku nanti?

Jangan lupa saksikan Kisah Cinta Kita gandingan Aedy Ashraf dan Amelia Henderson menerusi slot Akasia TV3, setiap hari Isnin hingga Jumaat, bermula hari ini, jam 7.00 malam.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×