berita

Lama Jadi Duda, Ayah Tergamak Rogol Anak Atas Dasar Cinta & Anggap Sebagai Kekasih

June 15th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Dek kerana sudah bercerai, seorang ayah sanggup menyetubuhi anak kandungnya sendiri atas alasan terlalu mencintainya.

Artikel Berkaitan: Rogol Kanak-Kanak Sampai Lahir Bayi, Pemandu Lori Dipenjara 15 Tahun & 5 Sebatan

Artikel Berkaitan: Guru Mengaji Al-Quran Ditahan, Disyaki Rogol 27 Gadis

Mangsa diancam

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Tribun News, kejadian yang berlaku di Kalimantan Timur, Indonesia itu menyaksikan mangsa telah berkali-kali dirogol di beberapa tempat iaitu di rumah sendiri, di kebun dan di rumah saudaranya.

Lebih parah lagi, mangsa juga diancam oleh bapanya yang berusia 46 tahun itu dengan menggunakan senjata tajam.

Ketua Polis Pulau Derawan, AKP Ridwan Lubis mengesahkan kes tersebut dan berkata bahawa bapa mangsa mengaku melakukan perbuatan keji itu kerana menyayangi anak kandungnya sendiri dan menganggapnya seperti kekasih.

Bukan itu sahaja, suspek merogol mangsa kerana sudah lama bergelar duda dan hanya tinggal berdua dengan anaknya yang berusia 19 tahun itu.

Sejak ibu bapanya bercerai ketika berusia 15 tahun, mangsa tinggal berdua dengan bapa kandungnya.

Suspek menyukai mangsa dan akhirnya melakukan perbuatan tercela itu terhadap mangsa.

Beliau juga menjelaskan kejadian itu bermula pada April 2023 yang merupakan permulaan untuk suspek memaksa anaknya melakukan hubungan terlarang ketika tinggal serumah.

Perbuatan tersebut terbongkar apabila mangsa menceritakan perkara sebenar kepada ibu kandungnya lalu ibunya bertindak melaporkan kepada pihak polis.

Susulan itu, pihak polis berjaya menahan suspek serta beberapa barang bukti turut dirampas. Suspek bakal berdepan hukuman penjara 12 tahun atau denda maksimum 300 juta Rupiah (RM92,972) jika didapati bersalah.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×