Foto: Harian Metro
Mahkamah Sesyen Tawau menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan lima sebatan terhadap seorang pemandu lori atas kesalahan merogol kanak-kanak perempuan sehingga melahirkan bayi.
Artikel Berkaitan: Guru Mengaji Al-Quran Ditahan, Disyaki Rogol 27 Gadis
Artikel Berkaitan: Tiga Banduan Liwat Rakan Sel Dihukum Penjara & Sebatan
Mangsa mengadu sakit perut
Gambar sekadar hiasan
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang berusia 25 tahun itu merogol kanak-kanak berusia 14 tahun sekitar Julai dan Ogos tahun lalu di dalam sebuah bilik tidur di Bandar Sri Indah antara 2 pagi hingga 3 pagi.
Hakim Rosli Ahmad kemudian menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh yang juga merupakan sepupu kepada ibu mangsa setelah menerima pengakuan bersalah mengikut Seksyen 376 (2)(d) Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 30 tahun serta sebatan.
Tertuduh tidak diwakili peguam manakala Timbalan Pendakwa Raya Mohd Suhaimi Suriana menjalankan pendakwaan.
Dalam pada itu, Mohd Suhaimi memohon agar tertuduh dikenakan hukuman berat dengan mengambil kira tahap keseriusan kes dan faktor kepentingan awam.
Hukuman berat juga wajar dikenakan sebagai pengajaran ke atas tertuduh yang mempunyai pertalian darah dengan mangsa selain faktor trauma dialami mangsa selepas dirogol berkali-kali sehingga melahirkan bayi.
Malah tertuduh sedikitpun tidak menunjukkan perasaan insaf atau menyesal atas perbuatannya semasa diberi peluang membuat rayuan.
Menurut fakta kes, mangsa mengadu sakit perut kepada neneknya dan dibawa hospital sebelum disahkan hamil 36 minggu. Pada hari yang sama mangsa kemudian selamat melahirkan seorang bayi perempuan.
Setelah itu mangsa mendedahkan dirogol oleh tertuduh yang tinggal serumah di rumah neneknya dan tertuduh berjaya diberkas polis pada 15 Mac lalu.
Sumber: Harian Metro