berita

Lan Pet Pet Kena Denda RM2000 Mengaku Salah Cederakan Pak Guard

April 15th, 2019 | by Azizi Rahman
Isu & Kontroversi

Sebelum ini viral di media sosial apabila seorang pelawak memukul pengawal keselamatan perumahan di Nilai, Negeri Sembilan yang menyebabkan mangsa yang berusia 70 tahun itu cedera di muka dan pinggang. Pelawak tersebut telah ditahan reman pada 7 April yang lalu untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Menerusi Harian Metro, pelawak berkenaan yang dikenali sebagai Lan Pet Pet atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 50 telah didenda sebanyak RM2000 oleh Mahkhamah Majistret Seremban apabila dia mengaku bersalah ke atas pertuduhan kes.

Kes selesai

Kes dianggap selesai kerana pelakon ini sudah dihadapkan di mahkamah dan didenda.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar, kes ini dianggap selesai sebaik sahaja hukuman dijatuhkan ke atas pelawak tersebut yang mengaku salah berkenaan pertuduhan terhadapnya.

Pengawal cedera ditumbuk dan diterajang

Kes yang berpunca apabila sorang pengawal keselamatan membuat laporan selepas cedera ditumbuk dan diterajang pelawak terbabit di perkarangan pondok pengawal di taman perumahan. Pelawak tersebut yang tidak memberi kerjasama kepada pengawal keselamatan itu bertindak ganas hanya kerana tidak mahu mendaftar butiran diri dalam buku pelawat.

Akibat kejadian itu, polis bertindak menahan pelawak berkenaan pada 7 April tetapi dibebaskan dengan jaminan polis.

Sumber: Harian Metro