berita

Langgar Pagar & Kereta, Tindakan Berani Wanita Ini Buat Penyamun Kecut Perut Lari!

September 14th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Disebabkan hendak cepat dapat wang, penjenayah sanggup buat apa sahaja asalkan dapat kaut untung dengan mudah. Jenayah samun dan rompak kini kian semakin menjadi-jadi sehinggakan penjenayah berani melakukan kegiatan mereka ditempat awam.

Menerusi Harian Metro, seorang wanita berdepan detik cemas apabila hampir disamun sekumpulan lelaki menaiki kereta di hadapan rumahnya di Taman Sri Bunut, Kuala Langat. Mangsa nekad melanggar kereta dinaiki lima penjenayah itu demi menyelamatkan diri. Insiden itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) rumah mangsa.

5 penyamun bersenjatakan parang

Kejadian yang berlaku pada jam 11 malam itu ketika mangsa baru sahaja pulang ke rumah sebelum didatangi lima suspek bertopeng dan bersenjatakan parang menaiki kereta Toyota Vios. Rakaman CCTV berikutan insiden ini turut viral di laman sosial.

Nombor pendaftaran kereta palsu

Menurut Superintendan Azizan Tukiman selaku Ketua Polis Daerah Kuala Langat, mangsa bertindak mengundurkan kenderaanya sehingga melanggar kereta suspek menyebabkan suspek melarikan diri. Mangsa turut mengalami kecederaan ringan dan nombor pendaftaran kereta suspek adalah palsu.

Bagaimanapun, mangsa bertindak mengundur SUVnya sehingga melanggar kereta suspek di belakangnya. Tindakan mangsa menyebabkan semua suspek melarikan diri.

Usaha mengesan suspek giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro, MyWatch

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Jangan salah laku, nanti tumpang malu.