berita

[VIDEO] Kejar Nak Tetak Mangsa, Geng Samun ‘Ysuku’ Pula Mengganas Di Gombak

March 6th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Sebelum ini dua suspek yang terlibat dalam kes samun bersenjata menaiki motosikal di beberapa buah rumah sekitar Klang dan Bandar Kinrara telah ditahan pihak polis. Namun, kes samun seperti ini semakin hari semakin menjadi-jadi.

Terbaru viral di Facebook satu rakaman CCTV menunjukkan seorang wanita disamun oleh dua lelaki bersenjatakan parang yang tiba-tiba muncul di hadapan rumah mangsa. Video yang di muat naik melalui akaun Taman Sri Gombak menyatakan bahawa kejadian berlaku di fasa 8, jalan 8/4.

Semakin menjadi-jadi


Video yang berdurasi 40 saat itu menyaksikan dua penjenayah menaiki motosikal memberhentikan kenderaanya di hadapan rumah mangsa sebelum seorang daripada suspek turun menyerang wanita itu dengan parang. Dalam pergelutan suspek dengan mangsa, seorang lagi rakan suspek turun untuk membantu rakannya. Mereka kemudian melarikan diri menaiki motosikal itu.

Netizen bengang dengan kejadian itu

Sumber: Taman Sri Gombak

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×