berita

‘Langgar Sampai Meninggal Kot!’ – Netizen ‘Geram’ Pemandu Myvi Cuma Dipenjara 6 Tahun

October 15th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebelum ini, pemandu Myvi yang terlibat dalam sebuah kemalangan melibatkan dua buah kenderaan disahkan positif dadah oleh pihak polis.

Sumber Berkaitan: Pemandu Wanita Rempuh Dua Kereta Hingga Sebabkan Kematian Disahkan Positif Dadah

Terkini, pemandu Myvi tersebut berdepan dengan lima tuduhan berikutan insiden tersebut.

5 pertuduhan

Pemandu Myvi yang berusia 23 tahun itu tiba di mahkamah dengan menaiki kerusi roda diiringi polis trafik. Dua pertuduhan yang bakal dikenakan kepadanya ialah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah ke dalam badan.

Antara pertuduhan lain adalah memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian, penyalahgunaan dadah dan tidak memiliki lesen memandu. Kejadian ini telah menyebabkan seorang anggota tentera meninggal dunia dan seorang lagi cedera pada Sabtu yang lepas di Johor Bahru.

Kronologi kes

Kejadian tersebut berlaku pada Sabtu lepas, apabila kereta yang dipandu Fatin merempuh pemandu kereta Honda Accord . Mangsa, Laskar Kanan Mohd Rizal Buseri 31 tahun, disahkan maut di lokasi kejadian manakala, pemandu kereta Iswara hanya mengalami kecederaan berikutan insiden tersebut.

Pada mulanya, pemandu Myvi yang dikenali sebagai Fatin menjelaskan bahawa dia sedang mengelak sebuah kenderaan yang berhenti di hadapannya keretanya. Namun, perkara tersebut dinafikan oleh pihak polis, kerana menerusi video tersebut jelas menunjukkan dia memandu dengan laju.

Dijatuhkan hukuman

Gambar sekadar hiasan

Pemandu wanita tersebut kini telah dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda sebanyak RM 8,000 setelah mengaku bersalah di hadapan Majistret Sulaila Shafi’uddin atas kesalahan memandu di bawah pengaruh dadah.

Fatin turut diperintahkan untuk membayar denda berjumlah RM 3,300 atas tiga kesalahan iaitu tidak mempunyai lesen memandu dan, memandu kereta yang tiada cukai jalan serta insurans. Kini dia sedang menjalani prosiding ke atas pertuduhan kelima iaitu kesalahan memasukkan dadah di dalam badan.

Tunang kepada Fatin turut mengaku bersalah dan dikenakan denda atas tiga kesalahan iaitu membenarkan tunangnya memandu kereta tanpa lesen, cukai kenderaan tamat tempoh dan kenderaan tiada insurans. Jika tertuduh gagal membayar denda tersebut, lesennya akan digantung selama setahun serta penjara 13 bulan.

Sumber: Harian Metro & Berita Harian

SKIP THIS AD ×