berita

Pemandu Wanita Rempuh Dua Kereta Hingga Sebabkan Kematian Disahkan Positif Dadah

October 11th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Semalam tular di media sosial, mengenai video kemalangan yang melibatkan sebuah kereta Honda Accord dengan Perodua Myvi yang menyebabkan pemandu Honda Accord meninggal dunia di tempat kejadian. Kemalangan tersebut berlaku di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bawa Laju Sangat!’ – Kereta Dihentam Teruk, Pemandu Maut Tinggalkan 3 Anak Kecil..

Terkini, pemandu Perodua Myvi telah ditahan oleh pihak polis untuk siasatan lanjut.

Bawah pengaruh dadah

Gambar sekadar hiasan

 Ujian saringan ke atas pemandu itu mendapati dia positif dadah dan akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain, pemandu wanita yang berusia 23 tahun itu positif dadah menerusi ujian saringan yang dilakukan dan pemandu itu juga akan turut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kemalangan tersebut berlaku kira-kira 9 pagi apabila pemandu Perodua Myvi hilang kawalan dan melanggar tembok pembahagi jalan sebelum merempuh Honda Accord dan Proton Iswara di persimpangan lampu isyarat menghala Plaza Pelangi.

Tiada lesen & cukai jalan

Gambar sekadar hiasan

Pemandu Myvi tersebut bukan hanya memandu di bawah pengaruh dadah, malahan tidak mempunyai sebarang lesen ketika ditahan.  Cukai jalan kereta yang dipandunya juga telah tamat tempoh.

Pemandu Iswara cedera

Pemandu Proton Iswara yang berusia 78 tahun hanya mengalami kecederaan manakala pemandu Honda Accord meninggal dunia di tempat kejadian. Manakala, pemandu Honda Accord tersepit di bahagian pemandu ketika kejadian dan pihak Bomba memerlukan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa sebelum dibawa ke hospital.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×