berita

‘Langsung Tak Ada Rasa Bersalah Eh Lepas Kena Tangkap? Terkilan Hati Aku Terbayang Apa Si Bella Lalui…’

April 23rd, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pempengaruh media sosial Elcah tampil meluahkan pandangannya berhubung kontroversi terbaharu melibatkan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz.

Artikel Berkaitan: ‘Page Not Found’- Ibu Aliff Aziz ‘Deactivate’ Instagram?

Artikel Berkaitan: Kekasih Gelap Aliff Aziz Berstatus Janda Ada Anak?

Kesian isteri dan anak-anak

Menurut Elcah, Aliff didakwa langsung tidak mempunyai rasa bersalah terhadap isteri dan anak-anaknya. Sebagai seorang wanita, Elcah berkata, dia tidak boleh terbayang mengenai perasaan Bella Astillah apabila melalui semua situasi sebegini.

Dia langsung tak ada rasa bersalah eh dengan isteri dia lepas kena tangkap:? Sikit pun tak ada ke Aliff? Ya Allah. Kesiannya isteri dan anak-anak. Aku pula sebak. Terkilannya hati aku terbayangkan apa si Bella tu lalui bersabar dengan Aliff ni. Semoga senua dipermudahkan.

Terdahulu, seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah mendakwa telah menjalinkan hubungan cinta dengan suami kepada Bella Astillah itu sejak Januari lalu. Dakwa wanita ini lagi, tujuannya menceritakan perkara sebenar kerana tidak sanggup melihat Aliff dicerca keseorangan.

Bukan itu sahaja, Sarah mendakwa dia mempunyai bukti perbualan perancangan yang dilakukan oleh Aliff dan Ruhainies. Dakwanya, Ruhainies juga telah mengatur segala perkara termasuk mengupah peguam dan pengawal peribadi untuk memastikan Bella ‘tersungkur’.

Sumber: Instagram

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×