Tiada angin tiada ribut, pelakon dan penyanyi Nur Fazura mencetuskan tanda tanya ramai apabila memuat naik foto sebuah balai polis beserta kapsyen berterima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Terima Kasih Jual Murah’ – Netizen Sakit Hati Dengan Pujian Fazura, Che Ta Minta Henti Laga-Lagakan
Ini kes lebih berat
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Fazura tidak menjelaskan secara terperinci malah nama balai polis ditutupi dengan emoji love berwarna biru.
Bagaimanapun, usahawan berumur 38 tahun ini tampil menafikan keberadaan dirinya di situ disebabkan kakinya yang cedera gara-gara terlanggar besi lampu.
Kata pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin, tujuan laporan polis itu dibuat adalah untuk isu yang lebih berat.
Warganet doakan yang baik-baik
Sebelum ini, pelakon filem Pisau Cukur berkongsi foto keadaan kakinya dibalut dan ubat-ubatan yang diberikan oleh pakar perubatan di Instagram Stories.
Menjengah di ruangan komen, suami Fazura iaitu aktor Fattah Amin turut meninggalkan komen. Di samping itu, rata-rata peminat mendoakan agar urusan ibu kepada Nur Fatima Aisya ini akan dipermudahkan oleh Allah SWT.
Sumber: Instagram @missfazura