berita

[VIDEO] ‘Terima Kasih Jual Murah’ – Netizen Sakit Hati Dengan Pujian Fazura, Che Ta Minta Henti Laga-Lagakan

July 17th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon dan penyanyi Fazura diserang netizen selepas memuji inai aktres Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta yang dijual dengan harga marhaen.

Artikel Berkaitan: Netizen Sakit Mata Tengok Aaisyah Dhia Rana Bersolek, Ini Respon Che Ta – ‘Mak Dia Ratu Malaysia Dulu ..’

Artikel Berkaitan: Jualan Tudung Cecah Jutaan Ringgit, Fazura Tak Pernah Fikir Status Jutawan

Apa salah Fazura?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Tampil mempertahankan Fazura, Che Ta berasa pelik dengan tindakan individu yang sengaja mencipta akaun palsu semata-mata untuk meninggalkan komen berbaur negatif.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Che Ta, 49, menyatakan pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin tidak ada memetik atau memerli mana-mana individu.

Hampa tengok video ni, apa salah Fazura ya? Ada ke dia cakap bukan-bukan pasal orang lain? Kami pelik bila ada yang buat akaun palsu semata-mata nak hentam dan komen kata-kata negatif dekat Fazura sedangkan bila kami tengok balik dekat komen video sebelah dan IG story yang Faz tag kami, takda pun nampak dia mention mana-mana.

Selain dari Inai kami plus kami takda pun gaduh dengan sapa-sapa. Kami jadi pelik, walhal kami okey ja sesama rakan selebriti, takda pun kami gaduh. Macam kami cakaplah, rezeki Allah kan luas, buat apa hampa semua nak gaduh.

Dalam pada itu, Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Abu Bakar meminta netizen agar berhenti dari melakukan perbuatan melaga-lagakan.

Kita ni kan..jadilah mata lebah yang selalu memandang madu juga benda benda maneh (manis), jangan jadi mata lalat hampa. Tak letih ka asyik nak lagakan orang sini sana. Kami okey ja, baik ja sesama kami.

Terima kasih jual murah

Sebelum ini, isteri kepada aktor Fattah Amin mengucapkan terima kasih kepada Che Ta kerana menghantar produk inai di samping menjual dengan harga rakyat.

Che Ta dan teman baiknya yang juga usahawan terkenal, Anas Zahrin berkolaborasi menghasilkan inai ‘instant’ atau segera yang dijual dengan harga sekotak RM15.

Sumber: Instagram @rozitachewan1

SKIP THIS AD ×