berita

LAWA | Mekap Yang Membawa Tuah & Kekayaan

February 8th, 2019 | by Khristabelle
Kini Trendy

Pernah tak korang cuba padankan mekap mata warna gold dengan lipstik merah? Nenek Cina belah mak sis Katy percaya, warna gold dan merah ni lambang tuah dan kekayaan.

Balik kampung hari tu, dia suka gila tengok mekap sis Katy. Sejuk hati orang tua tu.

Baca artikel ni sampai habis so korang tahu macam mana nak buat mekap yang boleh mendatangkan tuah dan kekayaan.

Bibir Merah + Eyeshadow Warna Gold?! Padan ke?


Orang kata kalau nak gayakan gincu bibir merah hangat, mekap bahagian wajah yang lain kena simple. Girls, pedulikan tip tu buat masa sekarang.

Mekap look ni akan bagi a touch of glam kalau korang memang jenis yang selalu bermekap natural.

Jangan takut untuk mencuba tau! Sekarang korang boleh eksperimen dengan step kat bawah ni.

Step 1
Untuk mekap mata, sis Katy mulakan dengan base warna cream dulu pada kelopak mata.
Gunakan warna hazelnut pada crease dan outer lid. Kemudian eyeshadow gold pada inner lid. Make sure korang blend dua warna ni betul-betul.

Untuk undereye, guna eyeshadow dark brown.

Step 2
Lentik bulu mata dengan eyelash curler. Kemudian apply maskara kegemaran korang. Kalau korang rasa nak mata nampak lebih dramatic, pakai bulu mata palsu.

Step 3
Apply lipstik merah favourite korang pada bibir. Make sure warna merah tu sesuai dengan skin tone korang.

Step 4
Lengkapkan look dengan blusher yang berwarna coral pink dan highlight warna champagne.

Warna merah dan gold memang padan! Combo mekap colour ni perfect untuk macam-macam occasion. Sesuai untuk Tahun Baru Cina, untuk Valentine’s Day, birthday party, girls’ night out.

Tag @kinitrendy kalau korang try mekap look ni.

Kalau korang suka belajar tutorial kecantikan on LAWA , share artikel dan video ni, follow dan like Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti trend mekap, fashion dan lifestyle wanita yang terkini.

The following two tabs change content below.